Tuesday, January 11, 2011

Doa dan ketenangan

Hari ini saya rasa lebih baik dari semalam..

Alhamdulillah hari ini saya rasa kesihatan saya lebih baik dari sebelum2 ni...walaupun kadang2 masih beremosi..bukan kehendak saya utk rasa begitu..ianya datang sendiiri.Klau boleh saya pun xnak pikir,dulu rasanya kalau ada masalah yang saya rasa xnak pikir,boleh je saya alih ketepi...tp skrg kenapa xboleh..kadang2 ianya membebankan fikiran sndiri..

Kesihatan saya sedikit mengejutkan bila saya buat medical chekup..mula2 memang buat saya rasa down sgt..bila masalah dah bertimbun2,ditambah plak dengan kesihatan yg kurang baik..agak2 nya kalau anda ditempat saya,apa yg anda rasa?????dan apa yang anda lakukan???..saya dah rasa bosan,dah penat menangis..Alhamdulillah,berkat sokongan keluarga saya mula bangun sikit2..

Saya perlukan ketenangan...Moga ALLAH kabulkan doa2 saya...

Friday, January 7, 2011

Banjir..

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di negeri ini membabitkan Bachok Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh semakin meningkat apabila seramai 976 mangsa dipindahkan ke 14 pusat pemindahan sehingga 6.45 petang semalam.

Berdasarkan portal rasmi e-Banjir Negeri Kelantan, pusat pemindahan sementara itu di Bachok ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Badol di Mahligai; di Kota Bahru di SK Tiong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong dan SMK Melor.

Di Pasir Puteh membabitkan di SK Bukit Awang, Bukit Awang; di Tanah Merah di Balai Raya Kampung Padang Kijang, Bukit Panau dan SK Kulim di Ulu Kusial, manakala di Tumpat di SK Pengkalan Kubor 2.


Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jumlahmangsameningkat/Article/index_html


Rata2 org duk cerita pasal banjir skrg..dengan hujan yg kadangkala lebat gini dan angin pun kuat, mudah air naik..saya pun pernah la kecik2 dulu main air,sbb kat rumah tok tu kawasan naik air..tp bila dah besar ni,xde rasa nak main air..lg takut adelah..sbb bahaya kan sbnarnya main air banjir ni...lg2 pada kanak2,ibubapa tlg la awasi anak2 anda...kalau bleh jgn bg langsung main air banjir ni..

Tak Tinggal Solat.....Tp masih lakukan maksiat..mmmm

SOLAT adalah kewajipan utama dan wajib ditunaikan bagi seorang Muslim.


Perintah mengerjakan solat sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan sunnah.

Dalam al-Quran disebut bahawa solat berupaya mencegah seorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)”.


(Surah al-’Ankabut ayat 45) Ini disebabkan dengan bersolat hati kita sentiasa mengingati Allah s.w.t.


Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan menjauhi kejahatan dan maksiat.

Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan ajarannya saja akan melakukan sesuatu yang dilarang Allah.


Sekiranya masih melakukan maksiat, itu tandanya solat masih belum sempurna dan mungkin ditolak Allah.

Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki amalan solatnya supaya penuh khusyuk.


Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjaya orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”. (Surah al- Mukminun ayat 1-3) Sementara itu, melakukan hubungan kelamin ketika haid hukumnya adalah haram. Sekiranya terlanjur, hendaklah banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah dan berazam tidak melakukannya lagi.


Itu pendapat menurut Imam Malik, Syafie dan Abu Hanifah. Bagaimanapun, Imam Ahmad mensyaratkan suami bersedekah sebanyak satu dinar atau separuh selain beristighfar.


Ahli al-hadith menambah jika berlaku persetubuhan ketika masih berdarah, hendaklah bersedekah satu dinar dan sekiranya ketika sudah putus darah, separuh dinar (Ibn Rushd, 2000: I: 96).


Sumbwe Dari http://www.hmetro.com.my/articles/Taktinggalsolattapibuatmaksiat/Article

Ber"HAPPY"an setelah tanam janin....

POLIS memeriksa  janin yang  tertanam di  tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar,  semalam.
POLIS memeriksa janin yang tertanam di tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar, semalam.
2 pekerja saksi pasangan gali, timbus lubang

SEPANGGAR: Sepasang kekasih tanpa rasa bersalah menjamu selera di Pusat Komersial Salut di sini, selepas menanam janin baru digugurkan di satu kawasan lapang berhampiran pusat itu, jam 8.30 malam kelmarin.

Ini kes kedua pembuangan janin dilaporkan di kawasan sama selepas kejadian pertama, Selasa lalu.
Perbuatan pasangan terbabit menanam janin bagaimanapun disaksikan dua pekerja kilang, Noor Mohamad Mat, 23 dan Pance Fransisu, 22, kebetulan minum di sebuah kedai makan berhampiran.
Noor Mohamad berkata, mereka terlihat wanita bertudung itu duduk mencangkung, manakala pasangannya menggali tanah sebelum memasukkan sesuatu lalu menimbusnya.
“Selepas itu, lelaki terbabit berjalan ke arah sebuah Proton Iswara untuk mengambil sebotol air. Dia kemudian menyiram lubang ditimbus itu, diikuti wanita terbabit.

“Selepas itu mereka masuk ke restoran bersebelahan sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

“Saya dan rakan tidak sedap hati lalu mengorek lubang itu selepas pasangan berkenaan beredar.
“Selepas dikorek, kami temui kotak berisi bungkusan kain putih dan sebaik dibuka kami terkejut melihat janin yang masih berdarah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Noor Mohamad berkata, pada mula mereka menyangka pasangan itu menanam bangkai haiwan tetapi curiga apabila melihat pasangan terbabit menyiram tanah yang baru ditimbus, seolah-olah menyiram air mawar di pusara.

Terkejut dengan penemuan itu, katanya, mereka menghubungi Balai Polis Menggatal untuk melaporkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria yang dihubungi berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Beliau berkata, pihaknya kini melancarkan gerakan mengesan kenderaan pasangan terbabit, manakala janin dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-242111.

MMMM ni dikira manusia ke???mana hati mereka....igt mudah ke nak dapatkan anak..kau senang2 je buang anak...

Thursday, January 6, 2011

Bila Hati Dijentik..

Salam..saya kembali lg setelah berminggu2 diam membisu..banyak hal yg terjadi antara minggu2 diam saya itu..banyak kejadian yang mengubah mood saya..sangat2 teruk saya rasa diri saya sekarang.Susah nak pulihkan semula mood saya...maybe ambil masa yang panjang...

saya tangguhkan dulu cerita percutian saya(sbb xde Mood)..


saya xtau apa yang saya rasa sekarang, amarah saya sentiasa turun dan adakalanya naik tu dgn memdadak(kalau dapat saya baling ke dinding adalah lebih baik)macam2 dugaan saya 1 2 minggu ni,termasuklah dugaan buat keluarga saya..Kesian mak ayah saya menanggung..kenapa pada diorang dihempaskan masalah..ayah saya xpasal2 darah naik sbb org lain yang mendesak dia,byk kali saya nasihatkannya spy buat xtau saja sbb masalah org lain bukan masalah kita.Tapi katanya,org da minta tlg utk selesaikan,xkan nak duduk diam saja..saya terdiam..YaALLAH sampai bila kami menanggung???kalau kami sbg anak2 ni nak campurtangan xboleh ke??

Kesihatan saya juga tidak memuaskan,saya sedar dah berminggu2 saya rasa ade xkena dengan kesihatan saya,kita boleh rasa kan kita sihat betul ke tak..lastnya bila gi cek doc cakap gastrik..tp rasanya ade benda lain lg..harapnya xde apa2 yang kronik,saya perlu full medical chekup..

Bila kenangkan.........hati saya sangat sedih,airmata jatuh tanpa henti..Saya bukan orang yang mudah jatuh airmata,tp bila skali dah jatuh ianya sgt2 memberi kesan dalam hati saya..apalah daya kita hanya sebagai manusia biasa, kita diduga dengan cubaan..mudahan cubaan ini memberi kekuatan untuk saya teruskan hidupan saya.YA ALLAH TUNJUKKANKU JALAN YANG TERBAIK..HANYA PADAMU AKU BERSERAH...


Monday, December 13, 2010

Hari cuti saya

Salam sahabat sekalian
Apa kabar,apa yang anda lakukan dimusim cuti sekolah ini??tentu ramai yang pegi holiday bersama famly kan.saya juga ambil peluang yang hanya kebetulan saje..Hubby saya ade kursus di Putrajaya..Bila dia bgtau tu,saya dah plan nak nercuti seketika..saya terlalu penat kerja,dah berbulan saya xcuti..terus saya block order,Maaf sangat2 pada mereka yang saya tolak tempahan mereka..ade lebih kurang 7-8order saya tolak...

So 7hb awl pg saya dah gerak..jam 5pg gitu la..tp singgah KFC kubang kerian utk b'fast,solat subuh dulu..lebih kurang kul 7 gak la br gerak..sampai kat Merapuh,ade something xkena ngan kereta kami,masa tu agak risau sbb kat tgh2 hutan..tp alhamdulillah ade member hubby saya tlg,xsampai 10minit dia datang..kebetulan dia tinggal dekat2 situ jek..Dan nasib baik bengkel kereta juga ade dekat2 situ..xsampai 1km je..so dia kata kena bawak gi bengkel..Kat situ ade surau,kedai makan..bolehla kami rehat seketika sambil2 tunggu kereta siap..Siap jam 12 lebih,kami teruskan perjalanan..


(Masuk Bengkel..Thank so Much to Ejay..dan kawannya Rahim serta abg bengkel heheh)


Kami sampai di Kuala Lipis,singgah lagi kat Bandar..Sambil2 hubby saya jumpa kawan dia..sempat lg kami singgah shoping compleks dia..Perjalanan kami relex jek,xrushing2 pun...lama la jgk perjalanannya sampaikan anaknda saya boring dalam kereta..terpaksa belikan mainan lagi untuk dia...jam 5 ptg lebih kurang kami sampai di Kajang..Stay kat Kajang sbb dekat je ngn Putrajaya...Okey,nanti saya sambung lagi citer percutian saya ek..thanks pada pembaca yg selalu follow blog saya..=)









Saturday, December 4, 2010

Hujan Renyai-renyai..

Salam mesra..1Malaysia..
Hujan masih renyai..da dekat seminggu hujan aje..da namanya musim tgkujuh kan..Rindu plak sinaran matahari...tapi alhamdulillah,hujan ni rahmat..best,tido pun dalam kesejukan jek..xyah pakai aircond,xyah kipas pun dah sejuk..

Start hari ni..saya rasa mau bercuti untuk seminggu..dah lama rasanya saya bekerja tanpa rest..sametime sampai xtido,Tubuh saya dah rase xberapa sihat 1 2 harini,suara pun dah serak2 nih,nak cakap ngan orang pun xselesa..Maybe jugak sbb cuaca, dan waktu rehat saya berubah-ubah..

Alhamdulillah semalam sempat saya lawat kawan saya kat Melor,sedara kat KB.Rasanya dah lama duk tertangguh sbb kesibukan saya..Saya rasa happy semalam,pastu terus balik rumah mertua saya..Kat rumah mak,saya buat coklat untuk customer saya pickup pg ni..Jam 2pg dah siap coklat..Alhamdulillah sempat jgk balas email2 customer sebelum tido..bgn agak lewat,dah dekat kul 7 dah..Mata saya berpinar2,maybe tido xcukup kot..Tapi Alhamdulillah saya dapat atasi..
Mertua saya buat rendang daging dan ketupat..So,sarapan kami ofcos la rendang dan ketupat,cam raya jek..heheh Alhamdulillah kenyang..sedap rendang Mak..

Thank to myhubby yang memahami kesibukan saya,anak saya amsyar dan seluruh keluarga..Thanks atas sokongan kalian..Saya Sayang Kamu Semua..