Saturday, January 7, 2012

Bila saya duk sajo..

Bila saya duk sajo...macam2 saya fikirkan,diri saya,keluarga saya,bisnes saya...
saat saya menulis,aishah masih tidur..melihat wajah anak-anak buat saya tenang..mereka inspirasi saya untuk lebih berusaha..memang penat bila saya sendiri mengawal kerja,anak2,rumahtangga..tapi sepenat apapun,bila habis kerja,saya lihat anak2,seolah2 tenaga saya kembali..macam di cas balik hehehe..

Alhamdulillah saya bersyukur bila suami saya membantu saya saat saya betul2 penat,saya tau kadang2 dia juga penat bila balik kerja,tapi dia tetap membantu saya..terima kasih sayang..

sekarang,saya menyusun jadual kerja untuk raya cina ni..mmg sangat penuh dan sudah beberapa order yang saya tolak sebab tak mampu..tiap kali cuti am saja mmg ramai yang order,kebanyakannya last minit baru order..kesian juga saya dengar mereka call minta tlg buatkan,tapi mmg saya tak dapat nak tlg..insyaALLAH dimasa depan saya cuba cari pembantu yang sesuai..

Moga doa dan sokongan kawan2 berterusan..insyaALLAH doakan kejayaan saya..Amin




Dari Zero.....kini,Alhamdulillah...


Perniagaan Internet saya berjalan seperti biasa cuma Pemasaran berjalan dengan perlahan, sibuk dengan saudara mara yang balik dari Kuala Lumpur. 
Mempunyai perniagaan di Internet merupakan satu cara menambah pendapatan pada era teknologi maklumat ni. Caranya yang ringkas dan mudah jika kena pada caranya sangatlah membantu untuk menampung perbelanjaan yang pada masa ini sangatlah meningkat.
Mengapa saya kata mudah Perniagaan Internet ni?
Pernahkah anda bayangkan anda berniaga tanpa perlu menjaga tapak atau kedai perniagaan anda? analoginya jika anda membuka kedai kek di satu kawasan perumahan. Adakah anda dapat beroperasi dengan menutup pintu kedai atau tapak itu?  dengan perniagaan internet, anda mampu untuk tidur sekalipun dan perniagaan anda berjalan dengan autonya, untuk masa tertentu anda hanya perlu memeriksa email anda untuk mendapat pesanan. Malah ini yang berlaku kepada saya, seorang peniaga kek di kota bharu, beroperasi di rumah di kawasan perumahan sepertimana contoh diatas, cumanya kami beroperasi melalui konsep Perniagaan Internet. Dengan hanya memiliki blog dan sedikit kelengkapan membuat kek, kami bermula dengan mempromosikan laman blog kami.

perniagaan internet
Over Pertama Kami
Mixer Pertama Kami
Menamakan Syarikat kami Niks Resources dengan mendaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kami melangkah kecil dan terus melangkah. Amsyarbaker adalah nama yang dipilih untuk produk kek dan kek cawan kami. Dengan semangat untuk majukan Amsyarbaker.com saya telah melalui proses belajar memasarkan produk kami di Internet. Konsep perniagaan internet yang dipilih memang tak salah, dengan mempelajari dan mempraktikalkan apa yang dibelajari kami telah melangkah untuk membesarkan langkah perniagaan kami.
Langkah membesarkan perniagaan kami adalah bagi menampung permintaan pelangan yang telah mengenali kami dari konsep perniagaan internet kami.
oven Amsyarbaker
Mixer Amsyarbaker

Pemasaran yang saya terapkan adalah 100% daripada Online, kami tidak pernah buat flyers,bunting atau banner, cara pemasaran adalah melalui internet secara online sahaja. Banyak cara yang telah saya aplikasikan untuk mempromosikan laman web amsyarbaker, ada antaranya memberi kesan yang baik dengan pelaburan yang sikit, dan ada yang sebaliknya. Mengeluarkan modal yang banyak tapi pulangan trafik adalah tidak munasabah sama skali. Inilah pengalaman yang saya lalui sepanjang mengendalikan Pemasaran Amsyarbaker.com.
Di internet untuk memasarkan perniagaan internet yang bersifat lokaliti adalah sedikit rumit, ini kerana keluasan internet melepasi batasan lokaliti. Tetapi dengan pengalaman yang telah terbina dengan proses pembelajaran, Try and Error, saya dapat menguasai bagaimana caranya  memasarkan produk yang bersifat lokaliti seperti perniagaan  saya.
Pengalaman yang dicoretkan ini bukanlah untuk menunjuk nunjuk, tapi ini adalah perkongsian kepada anda diluar sana yang ingin memiliki perniagaan internet untuk apa pun perniagaan anda, kami disini sudi berkongsi pengalaman dan ilmu.Moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada setiap diluar sana untuk mengambil langkah positif dengan memulakan perniagaan online secara teratur dan sirius. Bagi yang berminat untuk bertanya atau apapun niat anda ada kaitan dengan amsyarbaker, silalah kelaman web kami, www.amsyarbaker.com atau emailkan pertanyaan ke amsyarbaker@gmail.com atau telifon terus ke 0179066702.