Wednesday, August 26, 2009

Kelahiran puteriku



salam untuk semua…..syukur pada yang maha kuasa atas kurniaan dan rezeki yang dilimpahkan. Alhamdulillah aku da selamat melahirkan puteriku.Kelahirannya membuatkan hidupku lebih bermakna dan bahagia..dulu kami hanya berdua sekarang sudah bertiga.
Melalui detik-detik cemas,berdebar dan teruja saat melahirkan amat-amat bermakna dan ingin dilalui setiap insan bergelar wanita.saat itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..
25 Mei 2009 doktor mengatakan kandunganku ada sedikit masalah,saat tu da rase takut.Doc cakap aku kena masuk wad dan terpaksa bersalin awal dari jangkaan..so petang tu masuk wad tapi before tu sempat lagik gi makan M’De heheh sebab da tau da mesti pasni kena pantang.So aku ngan hubby pon terus gi KB Mall la,shoping barang sikit dan makan ape je yang aku nak..huhuuu
26 mei 2009 doc induce kul 7 pagi,doc cakap aku akan rase sakit sejam lepas tu.Tapi sampai ke petang pon xde rase sakit pun…pelik betul.doc cakap ubat tu hanya bleh diberi skali je dalam sehari,kalo xsakit esok plak la dia bagi,dan ubat tu hanya boleh diberi sebanyak 3 kali kalau xleh bersalin gak terpaksa buat pembedahan…ermmmm relek jek aku rase ni, xde ape2 pun emm jawabnya aku kena duk wad lagi la esok..
27 mei 2009 ubat kedua diberi time subuh2 lagi, tapi seperti semalam gak masih tak rase ape2 pun..jalan hanya 1cm aje..aku xrase sakit cam orang lain pun tu yang pelik..boleh jalan kesana sini lagi hehe kalau ikutkan nak je kuar wad..bosan sangat duk dalam tu..
28 mei 2009 doc pakar datang jumpa aku pagi dan tanyakan samada aku nak terima ubat ketiga atau tak.Masa tu hubby xde kat situ,xtau nak buat keputusan camne. So, aku mintak doc cek jalan je dulu sbb aku xrase sakit sikit pun..tp bila doc cek dia kata jalan da 3cm so aku kena masuk labour room..uihhh dengar camtu memula tu rase la takut gak..tp mmg xsabar nak lahirkan baby nih
Doc induce ubat ketiga tu masa kat labour room dalam kul 9 gitu..masa mula-mula tu xdela rase sakit pun,tapi dalam kul 12 tu da start rase kontraksi sikit2.tapi xdela kuat sangat & xkerap sangat,so nurse tambah lagi ubat, 2 jam lepas tu rase sakit makin kuat dan makin kuat dan makin kuat hehe…kat hubby aku la aku mengadu kesakitan, dia yang temankan.Alhamdulillah dia kuat semangat…
Dalam 2 jam lepas tu aku selamat lahirkan puteriku, Maryam Faqihah Amsyar..Saat nurse letakkan dia didada aku lepas je lahir tu, Ya Allah xtau nak cakap perasaan ni camne,mengalir airmata gembira..Alhamdulillah semuanya selamat..
pada suamiku, time kasih banyak2 temankan aku dari hari pertama masuk wad sehinggala lahirnya Amsyar.i luv u sooo much..buat Amsyar, kehadiran Amsyar buat mummy rase sangat2 bahagia, moga Amsyar jadi org yang solehah,berjaya dan terbaik didunia dan akhirat…mummy dan ayah selalu doakan Amsyar &……………………We luv u…

Alhamdulillah

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekian alam, selawat dan salam buat nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarga dan sahabat baginda… dan moga kesejahteraan, keberkatan dan kesihatan buat ibu bapa kami… dan kau jadikanlah aku insan yang terbaik untuk suamiku dan moga kami menjadi insan yang terbaik untuk kehidupan kami dan agamaMU. jadikanlah kami insan yang bersyukur serta sentiasa mengingati keagungganMU….
Syukur Alhamdulillah atas kurniaNya dapat ku jalani hari2 ku dengan baik sekali & Alhamdulillah termakbul jua doa kami untuk duduk sebumbung bila suamiku dapat balik bertugas di kampung,kini kami sudah tak berjauhan seperti dulu. Kebetulan plak due aku da hampir ni, leganya rase bila suami ade disisi..
Kandungan da masuk 33minggu ni da rase sakit2 sikit, bukan kontraksi kot lagi,cuma sakit2 lenguh biasa,aku pun tak tau camne rase kontraksi sebenar lagi hehe..cuma bila lenguh dan sakit2 pinggang sikit tu pun da rase nak nangis,xtau nape rase perut ni tegang sgt,sometime bila baby duk tolak2 perut ni pun rase sakit,ni baru sikit xtau la camne rase bila kontraksi sebenar..tapi insyaALLAH dapat harungi semuanya..
sekarang kami semakin teruja untuk sambut baby,bila shopping barang2 baby nih suka sangat2, aku & hubby sama2 teruja..bukan kami je yang beriya tapi seluruh famly.mertuaku da siap2 prepare barang2 untuk bakal cucu dia ni hehe tu yg buat aku xsabar nak lahirkan baby ni..
banyak da aku dengar cerita kawan2 dan mereka2 yang pernah lalui proses bersalin ni…pengalaman yang berbeza2, ade yang sakit kejap je ade yang hampir 1 hari..cerita & pengalaman diorg ni buat aku teruja nak rase sndiri kesakitan itu walaupun kekadang rase takut huhu, tapi kata org bila kita da tgk baby terus kesakitan yang dialami sebelum tu hilang..so, aku nak rase kenikmatan itu..pasti saat2 itu memberi kebahagiaan yang xkan dapat kita lupakan sampai bila-bila.
buat anakku…mummy ngan ayah selalu doakan baby sehat dan selamat lahir nanti, mummy akan kuatkan semangat untuk baby and baby pun kena kuat & sehat..Semoga segalanya dipermudahkan. Untuk kawan2 & sedara mara, doakan kami selamat dan sehat sentiasa…=) Amin.

Anugerah Yang Esa..

segala syukur buat ALLAH, serta selawat dan salam buat nabi Muhammad, isteri2 baginda, para sahabat, pengikut sahabat dan pengikut mereka sehingga akhir masa.
Alhamdulillah atas segala kurniaNya..aku amat-amat bersyukur atas nikmat yang diberikan,walaupun menempuh pelbagai dugaan…tp ku tahu ALLAH punya rencana terbaik untukku..Alhamdulillah hajat & keinginanku tercapai satu per satu..
Dikurniakan aku suami yang baik hatinya,selalu menjagaku siang & malam tanpa lelah,tanpa sungutan, seorang yang sangat penyayang dan sangat mengambil berat malah romantik sekali..Alhamdulillah atas nikmat ini dan doaku moga berkekalan hingga ke syurga..
Hari-hari kami tempuh dengan dugaan berjauhan, suamiku di putrajaya dan aku di kota bharu..setiap hari dilalui dengan kerinduan,hari-hari kami hanya dengan telefon utk berhubung..tp setiap minggu kami akan berjumpa..kire ok la dari mereka yang tak dapat berhubung berbulan-bulan kan?walaupun berjauhan tapi tak pernah aku rase terabai,setiap hari dia akan bertanya kabar, setiap hari akan meluahkan cinta dan rindunya padaku & begitu juga luahanku padanya..
Bulan kedua perkahwinan kami,satu lagi berita yang amat menggembirakan kami. Aku buat pregnancy test dan dapati ianya positif..walaupun rase macam tak percaya “betul ke mengandung ni..hehe” tp aku sgt bersyukur.terus aku call suami cakap ianya positif..Suami sangat2 gembira dan terus dia bagitau famly..Petang 12 Oktober 2008, aku buat pemeriksaan doktor dan mmg benar aku hamil bila doktor mengesahkan kandunganku sudah 4minggu..tak terkata rasanya,sangat2 gembira dengar berita itu,terus bagitau suamiku berita itu..
Aku menjalani hari-hariku seperti biasa,diawal kandunganku ini aku tak alami ape2 alahan pun,cam biasa saje tapi suami pulak yang rase mual…masuk bulan kedua aku pulak yang mengalami alahan, aku rase selalu letih,mual,muntah2 cam ibu hamil lain..nasib baik semua ni tak lama..
bila dah bulan ke-4, dah tak rase mual lagi..dah boleh makan macam biasa..tp aku rase perubahan bila aku tak suka buat kerja-kerja rumah,masak ke kemas rumah ke…”cam anak lelaki je ni..hehe”. Aku dan suami xde pun nak pilih2 jantina anak..samada lelaki atau perempuan kami terima aje asalkan sehat & selamat..
bulan ke-5,aku hanya rase berdenyut2 je kat perut tp tak ade lagi rase pergerakan baby, bila nurse cakap sepatutnya mmg dah rasa..tp xtaula maybe aku dah rase cuma masih confius ape itu gerakan baby atau tak..maklumlah inikan pertama kali,masih tak dapat membezakan cammana pergerakan baby..
diakhir bulan ke-5 dan masuk bulan ke-6..baru rase gerakan baby,aku mula yakin babyku yang bergerak,dan waktu itu buat aku dan suami sangat teruja..aku dan suamiku selalu borak2 ngn baby,melayan gerakan dia tu..sangat2 hepi. baru ku tau, cam ni la perasaan seorang ibu..rase tak sabar nak lihat wajahnya, sentuh dan belai kulitnya..walaupun kekadang ade rase takut, tp suami selalu bagi kata2 positif..Alhamdulillah aku dapat jalani hari2 ku dengan baik..
Masuk bulan ke-7,babyku semakin aktif..kebiasaanya tgh malam dan awal pagi..bukan main dia menendang2 perutku “Main Bola ke kat dalam tu..” huhu..walaupun skrg ni selalu rase lenguh2 kaki tapi aku gagahkan jugak sebab org tua-tua kata kena selalu aktif..senang masa nak besalin nanti…so selalu la aku berjalan,xdela duduk2 aje samada kat rumah atau kat tempat keja..
Aku akan jalani lebih kurang 2 bulan je lagi sebelum babyku lahir,segala persiapan untuknya aku dan suami dah siapkan sikit2,makin xsabar untuk lihat dan peluk dia..Ya ALLAH,Permudahkanlah urusan kami, Berilah kami zuriat yang terbaik, soleh dan boleh berbakti pada agama dan negara..Amin

Ulang Tahun Pertunangan

11 Januari…saat mengikat janji.Saat dua hati bersatu
walau kita hanya baru mengenali,tp hati saling mengatakan cinta
Sungguh ku rasa betapa kau menyintai
Agungkan aku seolah puteri..
kau hadir saat aku perlukanmu
sembuhkan lukaku, tenangkan jiwaku
betapa ku rasa diri dihargai
betapa ku rasa diri dicintai..
sama-sama menjaga kesucian cinta
saling memahami dan menerima apa adanya
kita hanya manusia biasa
pasti ada dugaan dan cabaran untuk kita…
moga kita tabah hadapi segalanya..
aku menyayangimu sepenuh hati
aku menyintai sepenuh jiwa ini
akan ku setia ke akhir nanti
Tuhan..berkatilah kami..