Wednesday, August 26, 2009

Anugerah Yang Esa..

segala syukur buat ALLAH, serta selawat dan salam buat nabi Muhammad, isteri2 baginda, para sahabat, pengikut sahabat dan pengikut mereka sehingga akhir masa.
Alhamdulillah atas segala kurniaNya..aku amat-amat bersyukur atas nikmat yang diberikan,walaupun menempuh pelbagai dugaan…tp ku tahu ALLAH punya rencana terbaik untukku..Alhamdulillah hajat & keinginanku tercapai satu per satu..
Dikurniakan aku suami yang baik hatinya,selalu menjagaku siang & malam tanpa lelah,tanpa sungutan, seorang yang sangat penyayang dan sangat mengambil berat malah romantik sekali..Alhamdulillah atas nikmat ini dan doaku moga berkekalan hingga ke syurga..
Hari-hari kami tempuh dengan dugaan berjauhan, suamiku di putrajaya dan aku di kota bharu..setiap hari dilalui dengan kerinduan,hari-hari kami hanya dengan telefon utk berhubung..tp setiap minggu kami akan berjumpa..kire ok la dari mereka yang tak dapat berhubung berbulan-bulan kan?walaupun berjauhan tapi tak pernah aku rase terabai,setiap hari dia akan bertanya kabar, setiap hari akan meluahkan cinta dan rindunya padaku & begitu juga luahanku padanya..
Bulan kedua perkahwinan kami,satu lagi berita yang amat menggembirakan kami. Aku buat pregnancy test dan dapati ianya positif..walaupun rase macam tak percaya “betul ke mengandung ni..hehe” tp aku sgt bersyukur.terus aku call suami cakap ianya positif..Suami sangat2 gembira dan terus dia bagitau famly..Petang 12 Oktober 2008, aku buat pemeriksaan doktor dan mmg benar aku hamil bila doktor mengesahkan kandunganku sudah 4minggu..tak terkata rasanya,sangat2 gembira dengar berita itu,terus bagitau suamiku berita itu..
Aku menjalani hari-hariku seperti biasa,diawal kandunganku ini aku tak alami ape2 alahan pun,cam biasa saje tapi suami pulak yang rase mual…masuk bulan kedua aku pulak yang mengalami alahan, aku rase selalu letih,mual,muntah2 cam ibu hamil lain..nasib baik semua ni tak lama..
bila dah bulan ke-4, dah tak rase mual lagi..dah boleh makan macam biasa..tp aku rase perubahan bila aku tak suka buat kerja-kerja rumah,masak ke kemas rumah ke…”cam anak lelaki je ni..hehe”. Aku dan suami xde pun nak pilih2 jantina anak..samada lelaki atau perempuan kami terima aje asalkan sehat & selamat..
bulan ke-5,aku hanya rase berdenyut2 je kat perut tp tak ade lagi rase pergerakan baby, bila nurse cakap sepatutnya mmg dah rasa..tp xtaula maybe aku dah rase cuma masih confius ape itu gerakan baby atau tak..maklumlah inikan pertama kali,masih tak dapat membezakan cammana pergerakan baby..
diakhir bulan ke-5 dan masuk bulan ke-6..baru rase gerakan baby,aku mula yakin babyku yang bergerak,dan waktu itu buat aku dan suami sangat teruja..aku dan suamiku selalu borak2 ngn baby,melayan gerakan dia tu..sangat2 hepi. baru ku tau, cam ni la perasaan seorang ibu..rase tak sabar nak lihat wajahnya, sentuh dan belai kulitnya..walaupun kekadang ade rase takut, tp suami selalu bagi kata2 positif..Alhamdulillah aku dapat jalani hari2 ku dengan baik..
Masuk bulan ke-7,babyku semakin aktif..kebiasaanya tgh malam dan awal pagi..bukan main dia menendang2 perutku “Main Bola ke kat dalam tu..” huhu..walaupun skrg ni selalu rase lenguh2 kaki tapi aku gagahkan jugak sebab org tua-tua kata kena selalu aktif..senang masa nak besalin nanti…so selalu la aku berjalan,xdela duduk2 aje samada kat rumah atau kat tempat keja..
Aku akan jalani lebih kurang 2 bulan je lagi sebelum babyku lahir,segala persiapan untuknya aku dan suami dah siapkan sikit2,makin xsabar untuk lihat dan peluk dia..Ya ALLAH,Permudahkanlah urusan kami, Berilah kami zuriat yang terbaik, soleh dan boleh berbakti pada agama dan negara..Amin

No comments: