Friday, May 13, 2011

sibuk BERMULA....

salam..
lama tak update,saya agak sibuk dengan jadual harian saya,dalam sibuk2 dengan order kek,ade ramai juga yang minta untuk buat kelas,saya bersyukur dengan rezeki yang datang,cuma kadang2 saya sendiri xdapat nak handle..maklumlah saya boos saya juga pekerja...cuma kadang2 adinda2,my mom yang datang membantu..thanks ols..

saya xdapat nak buat kelas dalam bulan ini sbb jadual order yang padat,ditambah dengan saya tgh pregnant ni,saya terpaksa bataskan waktu kerja saya..xboleh nak push kerja sangat,mana yang mampu saya terima...yang saya xdapat terima tu saya mohon maaf atas kesulitan..harapnya customer boleh memahami dan masih menyokong kami.

Sambil memenuhi order mei,saya perlu ready untuk jun...bila mula cuti sekolah je ramai yang buat kenduri kan??mmmm saya antara mereka yang sibuk..selain mak2 andam,bridal,photografer dan sebagainya...Apapun mudahan ALLAH mudahkan urusan kami semua dan mudahan kerja kami berjalan lancar.AMIN

Thursday, May 5, 2011

C.U.T.I (Part 2)

Salam..
nak sambung entry cuti yang lalu...hohohoo lama bebenor nak sambung nyer yea...haha..mmm next destination ke Metrikulasi Pahang..nak ambik adinda saya yang abih blaja kat situ.Ni 1st time saya gi sbb saya selalu tak berkesempatan setiap kali mak ayah saya/adik beradik lain gi sana...selalu ade kerja yang mghalang saya gi..xdehal pun,cuma kali ni sbb last kan,tu yang gi jugekk..hehe
Bandar Gambang ni xde la apa yang menarik pun,cuma bandar lama..salah satu tarikan yang ade hanyalah Water Park Gambang yang baru diorang buat...so pas ambik adik saya teruskan la perjalanan ke KL..


aksi pemandu yang kepenatan..seharian perjalanan hehehe


yang ni co-pilot haha..time emergency jek nak drive.


melalui lebuhraya Pantai-Timur


Beberapa Koleksi Kolej Metrikulasi,Gambang,Pahang










next cuti nanti sambung lagi heheh...tq alls

Hari Ibu 2011

Salam..
rata2 iklan di TV bercerita perihal hari ibu..Ibu adalah segalanya bg kita semua..yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa.Kasihnya ibu tiada tandingan...

Alhamdulillah saya dikurniakan ibunda yang saya kira terbaik didunia ini.(ofcos la semua org akan rasa ibu dia yang terbaik kan..kan..kan hehe).menjaga dan mendidik saya dengan baik.dia juga ibu,dia juga teman,dia konselor serta guru saya. Bonda saya ni memang orangnya sporting abis,sejak kecil sampailah saya kini juga bergelar ibu,sangat susah melihat dia marah..Kalau dia marah tu mmg kami adik beradik melakukan salah yang besar la kot,baru nampak dia marah hehe...dia sangat ceria,dan suka buat kami adik beradik gelak memanjang...sangat mudah mendengar apa juga masalah anak2..dia pendengar yang baik..

Sempena hari ibu 2011 ini,saya juga nak ucapkan pada ibu saya,juga pada mertua serta ibu2 diseluruh dunia.."SELAMAT HARI IBU"..luv u mom


bonda saya...Puan Azizah Hj Mohamad


sentiasa di hatiku..

Sunday, May 1, 2011

Bagaimanakah untuk saya menjalankan puasa sambil bekerja dan hamil pada masa yang sama?

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Dijawab of Pasukan BabyCenter 

Bekerja dan hamil adalah dua perkara yang memang sukar dihadapi. Berpuasa,bekerja dan hamil pada masa yang sama sudah tentu suatu perkara yang amat sukar! 

Tidak makan atau minum untuk waktu yang lama akan menyebabkan anda berasaletih atau tidak sihat, jadi jagalah diri anda. Jika anda mahu berpuasa dan juga bekerja, lakukannya dengan berhati-hati dan awasi keadaan anda. 

Jika anda tidak sihat, pening atau berpusing kepala, dan mendapati penglihatan anda menjadi kabur atau simptom lain yang membimbangkan, berbukalah dan pergi berjumpa dengan doktor anda dengan segera. 

Jika anda berpuasa, anda perlu lebih berhati-hati apabila menjalani aktiviti yang boleh menambahkan stres. Faktor seperti perubahan dalam rutin anda, kurang makan dan minum, dan makan dan minum pada masa berbeza boleh menyebabkan stres. Sekiranya ditambah lagi tekanan kerja, boleh menyebabkan stres yang serius. Satu kajian mendapati bahawa hormon tekanan, kortisol dalam darah wanita yang berpuasa semasa hamil, berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak berpuasa semasa hamil. 

Jika anda berpuasa, berhati-hatilah dengan aktiviti yang boleh meletihkan anda atau membuat badan anda berasa panas atau dahaga. Pastikan aktiviti harian anda tidak begitu giat dan berehatlah secukupnya. 

Amin..

Alhamdulillah syukur pada yang Esa dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik untuk saya dan seluruh keluarga.Tahun ini saya rasakan rezeki yang datang amat melimpah..Alhamdulillah syukur yang teramat.

Rezeki dari bisnes kami,rezeki bertambahnya ahli keluarga saya sendiri InsyaALLAH,juga rezeki bertambahnya anak2 buah saya....dari famly belah saya mahupun belah hubby saya..tahun ni saja lebih kurang ade 4 bakal anak sedara hehe dan termasuk bakal anak kedua saya..Alhamdulillah saya sendiri tak sangka,ramainyaaa...heheh jap gi cam tadika la jawabnya haha..

Dari checkup saya dengan klinik kerajaan,alhamdulillah segalanya baik dan sehat setakat ni dan harapnya sampai deliver nanti pun dipermudahkan..Amin....