Thursday, July 28, 2011

Teruja...

Salam..dalam beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan...Alhamdulillah segalanya baik2 saja setakat ini..saya akan cuba sebaiknya untuk berpuasa dalam Ramadhan kali ini..Moga segalanya baik sehingga akhirnya,satu pengalaman baru bila kali ini saya pregnant dalam bulan puasa..

Saya banyak membaca,banyak bertanya pada ibu,kawan2 saya pengalaman mereka berpuasa..Alhamdulillah semua jawapan yang saya terima sangat positif dan mereka banyak memberi nasihat,semangat dan petua2 untuk berpuasa semasa hamil.InsyaALLAh semuanya akan baik2 saja.

Pengalaman kali ini sangat buat saya teruja,bukan saja berpuasa malah akan berhari raya dengan perut memboyot heheh..1st time kan,teruja nya lebih2..Moga ALLAH SWT mempermudahkan urusan saya,order saya juga banyak..tp saya bataskan sikit supaya tak jejaskan ibadah dan kandungan juga..

Bila masuk lebih kurang 28minggu,saya mula tak sabar ingin melihat baby saya lahir..Alhamdulillah setakat ini baik2 saja..dan keaktifan masih lagi kuat pada sebelah malam..siang tido..Maka,ayah dan mami siaplah untuk berjaga malam...ish xboleh ni,baby mane leh jaga malam..harus atur jadual tido dengan baik..tp skrg kak Amsyar juga selalu tido lewat..kak Amsyar pun mami harus atur jadual tido balik..tp susahnya amsyar ni,siang suka tido lewat ptg..suh tido awal xnak,main je kerjanya...mmm camno??

Monday, July 25, 2011

Berpuasa semasa Hamil????selamatKAH?..


Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat. 

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain? 

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa. 

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan. 

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka. 

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa? 

Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 

Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak. 

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan? 

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 

Friday, July 22, 2011

Alkisah mata..

Bila mata tak mahu lelap..saya menulis..
hari ini anaknda saya buat kedua kalinya gi kerja bersama ayah..dulu pernah la skali,masa tu saya masih kerja swasta..disebabkan xde org nak jaga,hubby terpaksa bawak..tp harini,hubby saya yang nak bawak...katanya ade staff lain juga bawak..ye la buat OT je kan,boley la bawak anak..Saya???dirumah saja buat tempahan kek utk 4 customer pagi sampai ke ptg..

Bila dah siap n customer pun dah pickup yang mana patut di "pickup" awal..saya keluarla mencari angin sikit..cuma ke Giant saja..pastu balik rumah terus...berehat...tp sampai ke tgh malam pun belum tidur jugak..menanti anaknda yang xmau tido..bila dia dah tido saya pulak yang payah nk tido...mmmmm sapo mau jawab???...xpelah,sambil2 tunggu hubby saya balik..

Sunday, July 10, 2011

My Big Famly..




Besarnya famly saya..adik beradik dah 8,campur ipar duai dah 3 stakat ni dan insyaALLAH bulan 10 ni jadi 4...anak2 dua,insyaALLAH tambah 3 jadi 5...brapa da tu ek...mmm saya happy famly saya ramai..tiap kali berkumpul macam kat pasar,masing2 punya gelagat sendiri..tp ramai yang jadi tukang lawak buat jadi riuh sekampung tiap kali berkumpul.




Saturday, July 9, 2011

Ceritera Cinta 9 Julai..

Harini org duk sibuk pasal BERSIH(perhimpunan haram) dan sebagainya...saya ni xbape suka pun benda2 camni..mmmm dulu masa kita merdeka kita bersatu menentang penjajah..skarg ape da jadi??...harapnya semuanya akan baik2 saja dimasa depan..

Pagi:Cerita saya hari ini...(sambil taip ni mata dah mengantuk..tp kena tunggu anaknda yang xnak tido)..bagun pagi siap kan sarapan(beli jek sebenarnye..haha),pastu sambung buat kek..mmm hubby plak ada kerja kat opih..kena OT lagi harini,semalam pun dah kul 12 baru balik...

Tghari:siapkan order...hubby balik tghari..terus kena gi shoot..actually agak angin sikit lah saya sbb pagi tadi dah janji utk  keluar pasal kerja saya sikit,tp tiba2 dia kena ganti kawannya yang sakit..So,saya buat2 la ok..hehe tp ok betul lepas tu,kejap ke rasa angin tu..

Ptg:tepat kul 3 seperti yg dijanjikan,hubby balik,so saya siap2 n terus keluar..sebelum tu hantarkan kek membe dulu..so saya ke kedai steel utk tgk oven n mixer..mmm masih boleh dirunding harganya..so,saya ambik quotation dia..oven yg saya cari tu kecik sikit sari yg dah ada..tp harga RM750..mixer RM1650 10litter..mmm masih dipikir2..sabar yea cik salesgirl,saya bincang dulu...

then,terus gi makan sbb saya belum lunch...dah petang dahhh cik kakkk...perut dah berkeroncong..makanya hubby terus ke Noodle station je,saya makan tom yam noodle hubby makan nasik paprik..pas tu terus je balik rumah,REST...bukan rest sgt sbb kami anak branak layan movie KL GANGSTER,tp xsempat abih,sbb download sekerat jek rupanya..frust menonggeng,igt dah download abih...mmmm tido la jawabnya..

Malam: mmmm malam ni makan malamnya hanya speggeti bolognise,salad n chiken soup..mmm malas nak kuar,makanya online order saja...lepas makan..saya sambung mengedit gambar2 yang dah bertimbun..tuhan saja tau malasnya mengedit nih...

satu perkara yang saya perasan sari dua ni,baby saya rasanya suka berjaga malam..sbb,magrib je dia stat xduduk diam,bumbang2 duk tendang perut mami...sampai ke pagi tu boleh rasa..terkadang saya terbangun jam 2 3 pagi masih rasa...tp siang je,dia diam jek...ssh nak rasa gerak dia..mmmmm baby xleh jaga malam,xbagus utk kesihatan..harus tukar jadual..ni maybe sbb mami selalu jaga malam kot,baby jadi terikut2...sorry sayang,nanti mami atur jadual sebaiknya yea..utk kamu..

Friday, July 8, 2011

Soal hati..

pernahkah kita cuba memahami..
terkadang hati saya merintih..tak ada yang fahami
terkadang hati saya terguris..tiada yang peduli
terkadang hati saya sedih..tiada yang tahu
saya sendiri..

SAYA..manusia yang payah jatuh airmatanya.Walaupun luarannya saya nampak lembut dan tidak terlalu kisah apapun yang berlaku.Tapi dalamannya hanya saya dan pencipta saya yang tahu..saya cuba memahami,tp saya hati saya tiada yang cuba fahami..

Thursday, July 7, 2011

Mengidam punya Pasal...


Salam sahabat sekalian...mmmm tgk pic atas buat air liur meleleh hahaha...Apa itu??ramai yang dah tau menu ini kan,sbb skrg ni dah popular..inila PULUT MANGGA..Makanan yang asalnya dari Thai.Kalau xsilap la.

semalam saya tiba2 sangat2 teringin nak makan pulut mangga ni..bila post kat FB ramai kawan2 suggest kat situ sini,rupanya banyak tempat yang ada kat area KB ni,cuma ada sedap ada kurang sikit..yang saya dah rasa kat D'Mina jalan pengkalan chepa dan PADI area berek 12..yg kat PADI tu better la dari D'Mina..banyak tempat lagi yang kawan2 suggest,nanti pelan2 kami cari yea.thanks to sahabat sekalian..

Akibat dari rintihan si isteri ini nak sgt makan,makanya dengan bersungguh si suami bawalah si isteri ini gi makan hahaha...thanks to Mr.Hubby saya yang bawakan semalam.Saya xajak pun tetiba,dia drive je ke arah KB,tanyala nak gi mana ni??kata suami "nak gi makan pulut mangga la"...hati isteri yang mmg dah nak makan ni apa lagi...senyum la..haha..makanya kami makan bersama..Anaknda saya juga turut serta,tp xmakan pulut sgt,nak mangganya saja..Alhamdulillah rezeki Allah utk kami semalam..Thank You ALLAH.

Wednesday, July 6, 2011

Perkembangan Baby Saya...24minggu



Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelarstria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan. 

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Sunday, July 3, 2011

Bila...Ananknda mula belajar solat.

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa,sejuk hati mummy tgk anaknda mumi solat..(lucu pun ada tgk dia pakai telekung).Gelagat amsyar tiap kali kami suami isteri solat,dia pun nak solat sama.Bila amsil wuduk,dia juga ambik wuduk...
Mula2 pakaikan dia telekung saya xmampu nak tahan gelak..somell je hehhe...bukanla sampai abih pun dia ikut kami solat,tp xpelah pelahan2 insyaALLAH nanti akan sampai abih..

Moga Amsyar jadi anak yang soleh..