Sunday, May 1, 2011

Bagaimanakah untuk saya menjalankan puasa sambil bekerja dan hamil pada masa yang sama?

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Dijawab of Pasukan BabyCenter 

Bekerja dan hamil adalah dua perkara yang memang sukar dihadapi. Berpuasa,bekerja dan hamil pada masa yang sama sudah tentu suatu perkara yang amat sukar! 

Tidak makan atau minum untuk waktu yang lama akan menyebabkan anda berasaletih atau tidak sihat, jadi jagalah diri anda. Jika anda mahu berpuasa dan juga bekerja, lakukannya dengan berhati-hati dan awasi keadaan anda. 

Jika anda tidak sihat, pening atau berpusing kepala, dan mendapati penglihatan anda menjadi kabur atau simptom lain yang membimbangkan, berbukalah dan pergi berjumpa dengan doktor anda dengan segera. 

Jika anda berpuasa, anda perlu lebih berhati-hati apabila menjalani aktiviti yang boleh menambahkan stres. Faktor seperti perubahan dalam rutin anda, kurang makan dan minum, dan makan dan minum pada masa berbeza boleh menyebabkan stres. Sekiranya ditambah lagi tekanan kerja, boleh menyebabkan stres yang serius. Satu kajian mendapati bahawa hormon tekanan, kortisol dalam darah wanita yang berpuasa semasa hamil, berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak berpuasa semasa hamil. 

Jika anda berpuasa, berhati-hatilah dengan aktiviti yang boleh meletihkan anda atau membuat badan anda berasa panas atau dahaga. Pastikan aktiviti harian anda tidak begitu giat dan berehatlah secukupnya. 

No comments: