Friday, January 7, 2011

Tak Tinggal Solat.....Tp masih lakukan maksiat..mmmm

SOLAT adalah kewajipan utama dan wajib ditunaikan bagi seorang Muslim.


Perintah mengerjakan solat sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan sunnah.

Dalam al-Quran disebut bahawa solat berupaya mencegah seorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)”.


(Surah al-’Ankabut ayat 45) Ini disebabkan dengan bersolat hati kita sentiasa mengingati Allah s.w.t.


Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan menjauhi kejahatan dan maksiat.

Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan ajarannya saja akan melakukan sesuatu yang dilarang Allah.


Sekiranya masih melakukan maksiat, itu tandanya solat masih belum sempurna dan mungkin ditolak Allah.

Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki amalan solatnya supaya penuh khusyuk.


Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjaya orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”. (Surah al- Mukminun ayat 1-3) Sementara itu, melakukan hubungan kelamin ketika haid hukumnya adalah haram. Sekiranya terlanjur, hendaklah banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah dan berazam tidak melakukannya lagi.


Itu pendapat menurut Imam Malik, Syafie dan Abu Hanifah. Bagaimanapun, Imam Ahmad mensyaratkan suami bersedekah sebanyak satu dinar atau separuh selain beristighfar.


Ahli al-hadith menambah jika berlaku persetubuhan ketika masih berdarah, hendaklah bersedekah satu dinar dan sekiranya ketika sudah putus darah, separuh dinar (Ibn Rushd, 2000: I: 96).


Sumbwe Dari http://www.hmetro.com.my/articles/Taktinggalsolattapibuatmaksiat/Article

No comments: