Sunday, September 4, 2011

Post Raya ke-7

Salam syawal...
harini sudah masuk raya ke-7,mmmm tetiba anaknda saya demam..maybe penat beraya kot..kesana sini berjalan..makan macam-macam juadah.harini saya free, sebelum stat balik kerja,saya nak rehat betul2 sbb raya haritu saya terlalu penat..mana nak buat order lagi, dan nak beraya dalam masa yang sama..kali ini mmg betul2 saya sendiri..kalau tak biasa dibantu adik2..cuma untuk doorgift saja saya minta bantuan adik2 untuk tlg...1/2 hari je siap dah 500 doorgift..cepat betul diorg kerja..anyway thanks so much..

Ayah dan bonda saya dah berangkat ke KL semalam utk hantar adinda ke UKM..maka tinggal la saya dan adik2 yg masih skolah.ok jugak saya tak gi..jalam JEMM sgt..kalau tak mau demam la saya duk lama2 dalam keta..uihhh tak sanggup rasanya.keluar ke bandar pun dah buat saya tak senang duduk dah akibat jem..yang peliknya sampai raya ke-6 tu masih terlalu ramai warga2 kelantan ni...ish biasa dah lengang sikit..2 hari saya kunjungi shopping Kompleks tu ramai sgt2 org...hari mula2 tu xjadi nak beli barang sbb saya tgk ramai gile bratur nak bayar..aduihh...harini tak pasti la plak ramai mana..maybe dah kurang sikit la kot...

apapun kemeriahan raya di bandar kota bharu ini mmg sangat2 terasa,mmg sangat meriah...ramai yg dapat pulang kampung kot thn ni,tu yg ramai sgt kat bandar...=)


34 weeks..mulai rasa takuttt..



Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaranbayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda

Saturday, September 3, 2011

Raya Datang Lagi...

Salam lebaran 2011 untuk semua yg sudi baca blog saya..thanks so much...
mmm cerita raya saya biasa2 saja..sbb perlu siapkan order2 cust seperti biasa..mulanya saya plan thn ni xambik sebarang order sbb saya tgh preggy kan..perlu rest yang banyak..tp apakan daya ramai sangat permintaan sampai saya rasa sudah berpuluh2 order saya tolak..saya ambik sikit2 saja..ni pun dah buat kaki saya bengkak dan krem..saya melakukan semua kerja sndiri kali ini,tanpa bantuan adik2 biasa diorg tlg..tp kesian plak kat mak saya xde yang membantu..ini thn pertama saya duduk rumah sndiri..apa2 pun saya buat sndiri..belajar berdikari walaupun adakalanya tunggang terbalik lagi hehehe





apapun kemeriahannya tetap terasa seperti biasa,apa lagi bila rumah bonda saya diserang jiran tetangga dan sedara mara..mmg meriah sgt2..walaupun saya penat tp saya happy..alhamdulillah.SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, August 20, 2011

21 hari berpuasa..

Salam sayang untuk semua..

21 hari sudah kita menjalani ibadat berpuasa..sekejap je rasa kan..kan..dalam seminggu lagi kita akan sambut raya plak..Saya thn ni juga xdapat nak penuhkan puasa..Niat dihati boleh la full puasa sbb pregnant kan..tp apakan daya,xmampu..dan atas arahan doc saya harus berbuka demi kebaikan diri saya dan juga baby..

seminggu yang lalu baby kurang bergerak dan saya agak risau,so hubby nasihatkan saya g cek..so ptg tu gi cek..kata doc xde pape..jantung ok saja cuma gerakan baby mmg nampak kurang aktif la..maybe saya penat puasa agaknya..so doc nasihatkan saya berehat saja.

selang 2 3 hari je saya rasa keaktifan baby mmg makin kurang,kerisauan saya buat saya tak senang duduk...tp dalam hati was-was,kang baby ok2 saja..saya je yang risau lebih2...saya minta pendapat hubby saya,dia kata xpe kita gi cek kat pakar ..Doc Suzy,TMC kota bharu..situla yg selalu g cek..Bila ngadu kat doc,doc kata kita scan..OK,so scan..doc kata kepala kat atas ni..saya kata "aik,aritu dah kepala kat bawah,bila masa plak dia berpusing sedangkan saya rasa keaktifannya sangat kurang"..mmmm pelik tu...Doc Suzy kata "aktif la tu maknanya..kalo x xkan boleh berpusing dalam 3 hari jek"..saya senyum je.
So saya kata "ok,dah boleh la saya puasa ni doc?..mmm dalam ragu2 Doc suzy nak benarkan saya puasa."mmmm kita buat CTG sbb baby pun dah besar dari saiz sepatutnya..1.7kg kalau sepatutnya 1.5kg minggu ke 31.."..saya kata "ok doc"..dalam 20minit je buat CTG..everything OK2 saja...jantung dan gerakan baby sangat positif..

Doc suzy kata "bolehla nak puasa,tp awk kena juga perhatikan gerakan baby,walaupun puasa balik yea"..OK doc..Thanks a Lots..saya cuba yang terbaik..
Lepas pada tu baby ok2 saja..so saya teruskan puasa..Alhamdulillah

mummy doakan kamu baik2 saja sayang,kita harus sama2 kuat yea..xpelah mumi xleh puasa pun demi kebaikan kita bersama..sayang kamu..



Gelagat Anaknda saya

Salam sahabat sekalian..
Anaknda saya MARYAM FAQIHAH AMSYAR,2 tahun 3 bulan..mmg suka berposing..skrg ni dia da boleh ambik sendiri camera dan suruh ayah ambik gamba dia..wah bukan main lagi anak mami...cakap je "senyummm" amsyar akan tau nak posing camne tanpa arahan lagi..kalo dulu2 kite yang suh dia buat camtu camni..now, dah xyah..dia tau dah...

Antara gelagat amsyar...enjoy!!






Mummi doakan kamu jadi yang terbaik duania dan akhirat sayang...mummy luv u so much..

Wednesday, August 10, 2011

Sudah masuk 30minggu...


Perkembangan fetus - hamil 30 minggu

Salam..semalam saya ke klinik untuk scan,dah puas menunggu sampai hampir nak tertidur,saya dipanggil nurse...(nasib xlelap betul) dah la kepenatan berpuasa..lama juga la dia scan tu..utk tau kedudukan uri serta ukuran air ketuban (sbb saya punya sejarah kekurangan air ketuban)..setelah abih dia scan kata doc baby saya sudah duduk pada tempat yang betul.."dah cantik kedudukan dia ni...semua OK,cuma saya xleh kesan jantina je sbb terlindung.."...

Alhamdulillah itu yang saya harapkan,semoga baik2 saja sampai saya bersalin nanti..Keaktifannya sangat2 memberangsangkan..anak 1st dulu pun tak seaktif yang ni,sampai saya tidur pun boleh terperanjat dengan tendangan dia..aduihh anak mumi,nak main sikit2 jela yea,nanti main kat luar plak hehehe..(sbbnya sangat sakit bila terlalu tegang/dah cam kontraksi plak)...

Doa mummi dan ayah agar kamu menjadi anak yang baik,insyaALLAH...


Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Tuesday, August 9, 2011

Setelah Seminggu..

Alhamdulillah..
Lebih kurang sudah 1minggu kita berpuasa..semuanya masih berjalan baik..Walaupun awalnya saya memang tak tahan tp buat-buat tahan dan akhirnya nak muntah,serta mata rasa berpinar-pinar...Lastnya hubby suruh saya berbuka,dengan terpaksa saya harus berbuka demi kebaikan baby dalam perut saya..baby kurang bergerak 1day puasa,tu yang tambah risau..

So,hari pertama saya tak berpuasa,tp sekurang-kurangnya saya dah cuba berpuasa walaupun setengah hari saja,kemudian hari kedua,saya cuba lagi..Alhamdulillah saya dapat laksanakan dengan baik sangat,dan hari-hari seterusnya juga sama..Alhamdulillah ALLAH beri saya kekuatan untuk berpuasa..

tapi tetiba je lepas seminggu ni saya mulai rasa sakit gigi kembali,malah lebih teruk dari sebelumnya,mungkin sudah kronik agaknya berlubang,saya takut nak cabut sbb takut menjejaskan kandungan sbb dari pembacaan saya kalau bius terlalu kuat boleh menjejeskan bayi..so saya bertahan setakat yang termampu sampaila bersalin nanti..insyaALLAH,kawan2 tlg doakan yea tak sakit lagi heheh...

saya risau sangat takut tak dapat tahan,lain kali kalaulah pregnant lagi perlu awl2 cek gigi yea cik linda...(nurse kata sepatutnya saya cek awal2 lagi....jawapan saya: manalah saya tau nak sakit hahahha)....Sekarang salah sape ???huhuuu