Saturday, September 3, 2011

Raya Datang Lagi...

Salam lebaran 2011 untuk semua yg sudi baca blog saya..thanks so much...
mmm cerita raya saya biasa2 saja..sbb perlu siapkan order2 cust seperti biasa..mulanya saya plan thn ni xambik sebarang order sbb saya tgh preggy kan..perlu rest yang banyak..tp apakan daya ramai sangat permintaan sampai saya rasa sudah berpuluh2 order saya tolak..saya ambik sikit2 saja..ni pun dah buat kaki saya bengkak dan krem..saya melakukan semua kerja sndiri kali ini,tanpa bantuan adik2 biasa diorg tlg..tp kesian plak kat mak saya xde yang membantu..ini thn pertama saya duduk rumah sndiri..apa2 pun saya buat sndiri..belajar berdikari walaupun adakalanya tunggang terbalik lagi hehehe





apapun kemeriahannya tetap terasa seperti biasa,apa lagi bila rumah bonda saya diserang jiran tetangga dan sedara mara..mmg meriah sgt2..walaupun saya penat tp saya happy..alhamdulillah.SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, August 20, 2011

21 hari berpuasa..

Salam sayang untuk semua..

21 hari sudah kita menjalani ibadat berpuasa..sekejap je rasa kan..kan..dalam seminggu lagi kita akan sambut raya plak..Saya thn ni juga xdapat nak penuhkan puasa..Niat dihati boleh la full puasa sbb pregnant kan..tp apakan daya,xmampu..dan atas arahan doc saya harus berbuka demi kebaikan diri saya dan juga baby..

seminggu yang lalu baby kurang bergerak dan saya agak risau,so hubby nasihatkan saya g cek..so ptg tu gi cek..kata doc xde pape..jantung ok saja cuma gerakan baby mmg nampak kurang aktif la..maybe saya penat puasa agaknya..so doc nasihatkan saya berehat saja.

selang 2 3 hari je saya rasa keaktifan baby mmg makin kurang,kerisauan saya buat saya tak senang duduk...tp dalam hati was-was,kang baby ok2 saja..saya je yang risau lebih2...saya minta pendapat hubby saya,dia kata xpe kita gi cek kat pakar ..Doc Suzy,TMC kota bharu..situla yg selalu g cek..Bila ngadu kat doc,doc kata kita scan..OK,so scan..doc kata kepala kat atas ni..saya kata "aik,aritu dah kepala kat bawah,bila masa plak dia berpusing sedangkan saya rasa keaktifannya sangat kurang"..mmmm pelik tu...Doc Suzy kata "aktif la tu maknanya..kalo x xkan boleh berpusing dalam 3 hari jek"..saya senyum je.
So saya kata "ok,dah boleh la saya puasa ni doc?..mmm dalam ragu2 Doc suzy nak benarkan saya puasa."mmmm kita buat CTG sbb baby pun dah besar dari saiz sepatutnya..1.7kg kalau sepatutnya 1.5kg minggu ke 31.."..saya kata "ok doc"..dalam 20minit je buat CTG..everything OK2 saja...jantung dan gerakan baby sangat positif..

Doc suzy kata "bolehla nak puasa,tp awk kena juga perhatikan gerakan baby,walaupun puasa balik yea"..OK doc..Thanks a Lots..saya cuba yang terbaik..
Lepas pada tu baby ok2 saja..so saya teruskan puasa..Alhamdulillah

mummy doakan kamu baik2 saja sayang,kita harus sama2 kuat yea..xpelah mumi xleh puasa pun demi kebaikan kita bersama..sayang kamu..



Gelagat Anaknda saya

Salam sahabat sekalian..
Anaknda saya MARYAM FAQIHAH AMSYAR,2 tahun 3 bulan..mmg suka berposing..skrg ni dia da boleh ambik sendiri camera dan suruh ayah ambik gamba dia..wah bukan main lagi anak mami...cakap je "senyummm" amsyar akan tau nak posing camne tanpa arahan lagi..kalo dulu2 kite yang suh dia buat camtu camni..now, dah xyah..dia tau dah...

Antara gelagat amsyar...enjoy!!






Mummi doakan kamu jadi yang terbaik duania dan akhirat sayang...mummy luv u so much..

Wednesday, August 10, 2011

Sudah masuk 30minggu...


Perkembangan fetus - hamil 30 minggu

Salam..semalam saya ke klinik untuk scan,dah puas menunggu sampai hampir nak tertidur,saya dipanggil nurse...(nasib xlelap betul) dah la kepenatan berpuasa..lama juga la dia scan tu..utk tau kedudukan uri serta ukuran air ketuban (sbb saya punya sejarah kekurangan air ketuban)..setelah abih dia scan kata doc baby saya sudah duduk pada tempat yang betul.."dah cantik kedudukan dia ni...semua OK,cuma saya xleh kesan jantina je sbb terlindung.."...

Alhamdulillah itu yang saya harapkan,semoga baik2 saja sampai saya bersalin nanti..Keaktifannya sangat2 memberangsangkan..anak 1st dulu pun tak seaktif yang ni,sampai saya tidur pun boleh terperanjat dengan tendangan dia..aduihh anak mumi,nak main sikit2 jela yea,nanti main kat luar plak hehehe..(sbbnya sangat sakit bila terlalu tegang/dah cam kontraksi plak)...

Doa mummi dan ayah agar kamu menjadi anak yang baik,insyaALLAH...


Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Tuesday, August 9, 2011

Setelah Seminggu..

Alhamdulillah..
Lebih kurang sudah 1minggu kita berpuasa..semuanya masih berjalan baik..Walaupun awalnya saya memang tak tahan tp buat-buat tahan dan akhirnya nak muntah,serta mata rasa berpinar-pinar...Lastnya hubby suruh saya berbuka,dengan terpaksa saya harus berbuka demi kebaikan baby dalam perut saya..baby kurang bergerak 1day puasa,tu yang tambah risau..

So,hari pertama saya tak berpuasa,tp sekurang-kurangnya saya dah cuba berpuasa walaupun setengah hari saja,kemudian hari kedua,saya cuba lagi..Alhamdulillah saya dapat laksanakan dengan baik sangat,dan hari-hari seterusnya juga sama..Alhamdulillah ALLAH beri saya kekuatan untuk berpuasa..

tapi tetiba je lepas seminggu ni saya mulai rasa sakit gigi kembali,malah lebih teruk dari sebelumnya,mungkin sudah kronik agaknya berlubang,saya takut nak cabut sbb takut menjejaskan kandungan sbb dari pembacaan saya kalau bius terlalu kuat boleh menjejeskan bayi..so saya bertahan setakat yang termampu sampaila bersalin nanti..insyaALLAH,kawan2 tlg doakan yea tak sakit lagi heheh...

saya risau sangat takut tak dapat tahan,lain kali kalaulah pregnant lagi perlu awl2 cek gigi yea cik linda...(nurse kata sepatutnya saya cek awal2 lagi....jawapan saya: manalah saya tau nak sakit hahahha)....Sekarang salah sape ???huhuuu


Thursday, July 28, 2011

Teruja...

Salam..dalam beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan...Alhamdulillah segalanya baik2 saja setakat ini..saya akan cuba sebaiknya untuk berpuasa dalam Ramadhan kali ini..Moga segalanya baik sehingga akhirnya,satu pengalaman baru bila kali ini saya pregnant dalam bulan puasa..

Saya banyak membaca,banyak bertanya pada ibu,kawan2 saya pengalaman mereka berpuasa..Alhamdulillah semua jawapan yang saya terima sangat positif dan mereka banyak memberi nasihat,semangat dan petua2 untuk berpuasa semasa hamil.InsyaALLAh semuanya akan baik2 saja.

Pengalaman kali ini sangat buat saya teruja,bukan saja berpuasa malah akan berhari raya dengan perut memboyot heheh..1st time kan,teruja nya lebih2..Moga ALLAH SWT mempermudahkan urusan saya,order saya juga banyak..tp saya bataskan sikit supaya tak jejaskan ibadah dan kandungan juga..

Bila masuk lebih kurang 28minggu,saya mula tak sabar ingin melihat baby saya lahir..Alhamdulillah setakat ini baik2 saja..dan keaktifan masih lagi kuat pada sebelah malam..siang tido..Maka,ayah dan mami siaplah untuk berjaga malam...ish xboleh ni,baby mane leh jaga malam..harus atur jadual tido dengan baik..tp skrg kak Amsyar juga selalu tido lewat..kak Amsyar pun mami harus atur jadual tido balik..tp susahnya amsyar ni,siang suka tido lewat ptg..suh tido awal xnak,main je kerjanya...mmm camno??

Monday, July 25, 2011

Berpuasa semasa Hamil????selamatKAH?..


Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat. 

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain? 

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa. 

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan. 

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka. 

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa? 

Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 

Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak. 

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan? 

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.