Friday, July 8, 2011

Soal hati..

pernahkah kita cuba memahami..
terkadang hati saya merintih..tak ada yang fahami
terkadang hati saya terguris..tiada yang peduli
terkadang hati saya sedih..tiada yang tahu
saya sendiri..

SAYA..manusia yang payah jatuh airmatanya.Walaupun luarannya saya nampak lembut dan tidak terlalu kisah apapun yang berlaku.Tapi dalamannya hanya saya dan pencipta saya yang tahu..saya cuba memahami,tp saya hati saya tiada yang cuba fahami..

Thursday, July 7, 2011

Mengidam punya Pasal...


Salam sahabat sekalian...mmmm tgk pic atas buat air liur meleleh hahaha...Apa itu??ramai yang dah tau menu ini kan,sbb skrg ni dah popular..inila PULUT MANGGA..Makanan yang asalnya dari Thai.Kalau xsilap la.

semalam saya tiba2 sangat2 teringin nak makan pulut mangga ni..bila post kat FB ramai kawan2 suggest kat situ sini,rupanya banyak tempat yang ada kat area KB ni,cuma ada sedap ada kurang sikit..yang saya dah rasa kat D'Mina jalan pengkalan chepa dan PADI area berek 12..yg kat PADI tu better la dari D'Mina..banyak tempat lagi yang kawan2 suggest,nanti pelan2 kami cari yea.thanks to sahabat sekalian..

Akibat dari rintihan si isteri ini nak sgt makan,makanya dengan bersungguh si suami bawalah si isteri ini gi makan hahaha...thanks to Mr.Hubby saya yang bawakan semalam.Saya xajak pun tetiba,dia drive je ke arah KB,tanyala nak gi mana ni??kata suami "nak gi makan pulut mangga la"...hati isteri yang mmg dah nak makan ni apa lagi...senyum la..haha..makanya kami makan bersama..Anaknda saya juga turut serta,tp xmakan pulut sgt,nak mangganya saja..Alhamdulillah rezeki Allah utk kami semalam..Thank You ALLAH.

Wednesday, July 6, 2011

Perkembangan Baby Saya...24minggu



Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelarstria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan. 

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Sunday, July 3, 2011

Bila...Ananknda mula belajar solat.

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa,sejuk hati mummy tgk anaknda mumi solat..(lucu pun ada tgk dia pakai telekung).Gelagat amsyar tiap kali kami suami isteri solat,dia pun nak solat sama.Bila amsil wuduk,dia juga ambik wuduk...
Mula2 pakaikan dia telekung saya xmampu nak tahan gelak..somell je hehhe...bukanla sampai abih pun dia ikut kami solat,tp xpelah pelahan2 insyaALLAH nanti akan sampai abih..

Moga Amsyar jadi anak yang soleh..

Saturday, June 25, 2011

Mood...susah ditentukan

Harus selalu berfikiran positif..bila kita positif,minda kita positif,hati positif,pastinya semua akan normal dan tiada stress kan..dalam kesakitan seminggu dua ini saya punya mood jadi tidak keruan.Mood saya tidak menentu,kadangkalan saya akan OK kadangkala akan KO..Mohon maaf untuk suami saya,kesian dia terpaksa melayan mood saya yang tak menentu.

tapi bila kami duduk berdepan menyatakan apa yang kami rasa,alhamdulillah masing2 memahami..disitu kelebihannya bila kita bersemuka dan bincang apa yang sepatutnya baik untuk keluarga.Kadang-kadang saya sendiri tak perasan apa yang saya lakukan membuatkan orang lain jadi tak suka.Tapi bila berbincang,kita boleh baiki silap kita.TAPI HARUS BERFIKIRAN POSITIF..

Moral of the story...apapun masalah yang dihadapi,kita harus bawa berbincang.JANGAN PANDAI2 BUAT TAFSIRAN SENDIRI,PARAH JADINYA.

Sunday, June 19, 2011

Bila badan terlalu penat..

salam sahabat sekalian...
2hari bersama adik beradik saya yang pulang kampung ini buatkan hati saya tenang dan sangat happy..tgh2 berserabut pun boleh ceria balik dengan keletah mereka..Alhamdulillah...2 hari ni saya tak terima sebarang order,mmg saya block order utk bersama mereka,saya jarang dapat bersama..kalau xstop order makanya xdelah ruang bersama2..

so semalam kami bercuti bersama..bukan jauhpun,gi berehat kat Kondo Pelangi Mall tu je,rumah rehat untie saya,so jimatla sikit belanja..satu famly gi duk situ.sambil bercuti sambil kemas2 rumah tu..sbb skrg rumah tumpangan tu ayah dan bonda saya yang jaga.

tp dalam happy2 tu saya sedikit bimbang bila ada sikit pendarahan berlaku,maybe badan saya terlalu penat 2 3 hari lalu,terus gi jumpa pakar kat,doc suzy kata xde masalah andainya hanya sedikit saja pendarahan,kalau berterusan itu membimbangkan.bila scan semuanya ok dan aktif2 saya baby saya..Alhamdulillah lega hati ini..banyak nasihat saya dapat dr doc Suzy.saya mmg suka jumpa doc ni sbb dia senang dan xde caj tambahan walaupun saya banyak bertanya hehehehe...Thanks Doc Suzy (pakar sakit puan)..Utk mana2 ibu mengandung,boleh jumpa doc ni,klinik utk sakit puan dan kanak2...

Friday, June 17, 2011

Baby saya 5 Bulan..

Salam sahabat sekalian,minggu ini saya sudah 22 minggu usia baby saya..Alhamdulillah setakat ini semuanya baik dan dia sangat aktif..Ketika saya beristirehat,baru saya rasa tendangannya yang sangat kuat..itu menandakan dia sihat,insyaALLAH sehingga ke akhirnya dia sehat2 dan aktif  saja..

Next week saya perlu checkup utk sekian kalinya,dan kali ini skali lagi perlu scan utk memastikan baby baik2 saja.Setakat ini saya cuma rasa mudah lenguh badan dan kebas2.Tapi seigt saya nurse kat klinik goverment tu penah kata akan rasa cam gitu,tapi nanti saya akan rujuk doc semula.Perkara biasa penat kerja buatkan saya sakit2 badan,kadangkala terasa nak gi urut..tp saya xberani sangat nak urut2 ni..kena pilih2 tempat2 yang mmg betul2 pandai urut utk ibu mengandung.

Mummy kesian dengan baby mummy yang terpaksa bekerja bersama mummy,kadangkala org lain tgh lena tidur,kita bangun bekerja..Tapi mudahan ianya memberi kita kekuatan ye sayang..kalau mummy kuat baby juga kuat..insyaALLAH nanti baby mudah keluar masa lahir..

Nanti kalau dah lahir,kakak Amsyar,mummy dan ayah akan temankan sayang ye..Mummy yakin Kak Amsyar boley jaga baby,sbb mummy dah nampak dia seorang yang penyayang..setiap hari dia sayang baby..Mummy sayang baby dan kak Amsyar..Mudahan kalian jadi anak yang terbaik didunia dan akhirat