Sunday, May 1, 2011

Bagaimanakah untuk saya menjalankan puasa sambil bekerja dan hamil pada masa yang sama?

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Dijawab of Pasukan BabyCenter 

Bekerja dan hamil adalah dua perkara yang memang sukar dihadapi. Berpuasa,bekerja dan hamil pada masa yang sama sudah tentu suatu perkara yang amat sukar! 

Tidak makan atau minum untuk waktu yang lama akan menyebabkan anda berasaletih atau tidak sihat, jadi jagalah diri anda. Jika anda mahu berpuasa dan juga bekerja, lakukannya dengan berhati-hati dan awasi keadaan anda. 

Jika anda tidak sihat, pening atau berpusing kepala, dan mendapati penglihatan anda menjadi kabur atau simptom lain yang membimbangkan, berbukalah dan pergi berjumpa dengan doktor anda dengan segera. 

Jika anda berpuasa, anda perlu lebih berhati-hati apabila menjalani aktiviti yang boleh menambahkan stres. Faktor seperti perubahan dalam rutin anda, kurang makan dan minum, dan makan dan minum pada masa berbeza boleh menyebabkan stres. Sekiranya ditambah lagi tekanan kerja, boleh menyebabkan stres yang serius. Satu kajian mendapati bahawa hormon tekanan, kortisol dalam darah wanita yang berpuasa semasa hamil, berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak berpuasa semasa hamil. 

Jika anda berpuasa, berhati-hatilah dengan aktiviti yang boleh meletihkan anda atau membuat badan anda berasa panas atau dahaga. Pastikan aktiviti harian anda tidak begitu giat dan berehatlah secukupnya. 

Amin..

Alhamdulillah syukur pada yang Esa dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik untuk saya dan seluruh keluarga.Tahun ini saya rasakan rezeki yang datang amat melimpah..Alhamdulillah syukur yang teramat.

Rezeki dari bisnes kami,rezeki bertambahnya ahli keluarga saya sendiri InsyaALLAH,juga rezeki bertambahnya anak2 buah saya....dari famly belah saya mahupun belah hubby saya..tahun ni saja lebih kurang ade 4 bakal anak sedara hehe dan termasuk bakal anak kedua saya..Alhamdulillah saya sendiri tak sangka,ramainyaaa...heheh jap gi cam tadika la jawabnya haha..

Dari checkup saya dengan klinik kerajaan,alhamdulillah segalanya baik dan sehat setakat ni dan harapnya sampai deliver nanti pun dipermudahkan..Amin....

Thursday, April 28, 2011

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna. 

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 


Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antaraminggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Tuesday, April 26, 2011

14 weeks..

Salam...tunda dulu kisah cuti saya...
saya sangat teruja semalam saya ke klinik utk scan kali ketiga (ini disebabkan saya lupa tarikh last period,jadi kena scan banyak kali..)bila scan je,saya dapat lihat,anak saya sangat aktif berpusing2,tangannya bergerak2 tak duduk diam.sampai doc nak ukur pun xleh..(doc kata..aktifnya anak awk)heheh time amsyar dulu diam je..sekarang dah masuk lebih kurang 14minggu..


(info baby 14weeks)
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.



C.U.T.I (Part 1)

salam..saya akan sambung entry lalu berkenaan cuti saya..tidak la menarik mana pun utk mereka yang selalu dapat bercuti..tp untuk org yang selalu sibuk macam saya tentunya cuti bersama keluarga itu sangat teruja kan...Saya perlu set masa dan block order untuk cuti..kalau tak,mmg xdapatlah nak cuti..tu pun terpaksa tolak beberapa order.mohon maaf pada cust2 yang terpaksa saya tolak order..sian plak.

perjalanan saya bermula 19.4.11,lepas magrib dan setelah siapkan tempahan akhir..saya dan famly bergerak ke 1st destination (kuala terengganu)..tidow kat umah untie dulu la jawabnya..sbb keadaan saya sekarang yg baru preg dalam 3 bulan ni,saya xboleh nak straigh je..(ade kena gi ngurut la pastu..sakit pinggang hehe)..itu pun saya xduk diam..kejap pusing situ jap sini.

Pagi2 lagi dah ready utk ke Gambang,nak ambik adik saya yang abih study kat metrikulasi pahang..tp sebelum sampai ke Gambang,singgah Kerteh dulu..After lunch baru ke Gambang..


anda boleh lihat apa yang saya nampak???????bahaya kan..sedangkan jejantas ade kat depan tu..


meneruskan perjalanan ke gambang


saje suka2..








kenapa saya capture rumah ini???ade ceritanya....ni rumah sewa hubby saya dulu2 (bukan umah yg ade dapur kuning tu,tp yg berhadapan tu(color putih) sewaktu dia kerja kat Pahang.saya pun baru je tau umah sini..secara jujur saya tak pernah duduk rumah yang cam ni,apapun saya bangga sbb pengalaman dan kesusahan hubby saya itu menjadikan siapa dia hari ini.walaupun cita2 masih belum tercapai,tp kehidupan kami hari ini buat saya amat bersyukur..




next STORY saya akan update kemudian..thanks yang sudi baca ye..=)

Monday, April 25, 2011

tertunda kejap..

salam..
saya nak cerita pasal kisah cuti saya..tp xsempat lagi sbb kejaan nya banyak amat selepas beberapa hari saya bercuti..kalau ade yang menunggu cerita saya(adee kerr..haha) harap dapat bersabar dulu yea..insyaALLAH saya update secepatnya...tq

Monday, April 18, 2011

Makan Petang

Salam buat sahabat sekalian..apa aktiviti anda petang2 ni...hehe
lepas saya buat kek petang semalam..saya tetiba terasa nak cuba O.R chiken Chop dari KFC..iklan dia bukan main menyelerakan..so,saya ajak hubby dan anaknda saya ke KFC,dekat jek ngan umah..kat airport tu je..anak saya suka la gi situ,ade mainan kan..

so, sampai airport ade ramai sangat org rupanya..tambah2 kat KFC tuh..aduh!!anak saya teruja nak main,tp saya yg takut sbb ramai sgt budak2 kat mainan tu..diorg main lasak2 lah..tolak2..saya plak yang jerit2..ade jugak yang nak kena marah..so amsyar main kejap je la,saya xbagi sbb crowded ngn anak2 kecik.

cerita bab O.R chiken chop..rasanya biasa2 jek,sekadar memenuhi selera tekak saya.Actually makan sikit jek dah muak,tp saya habiskan jugak la sbb kebetulan dah lapar..kalau nak banding,jauh lagi sedap kat MR.COOK...fev restoren western food saya dan famly saya..mmg sedap giler kat situ..tp just tuk western food la..kalau masakan panas agak kurang sikit...