Tuesday, April 26, 2011

14 weeks..

Salam...tunda dulu kisah cuti saya...
saya sangat teruja semalam saya ke klinik utk scan kali ketiga (ini disebabkan saya lupa tarikh last period,jadi kena scan banyak kali..)bila scan je,saya dapat lihat,anak saya sangat aktif berpusing2,tangannya bergerak2 tak duduk diam.sampai doc nak ukur pun xleh..(doc kata..aktifnya anak awk)heheh time amsyar dulu diam je..sekarang dah masuk lebih kurang 14minggu..


(info baby 14weeks)
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.



No comments: