salam..
Jam 4.00 pagi saya masih disini..di dapur yang dah jadi seolah2 opis saya...sy banyak habiskan masa saya di 'pejabat' saya ini...dah 4hari saya tidur 3-4jam sehari..selebih waktu saya hanya dengan kerja...sabar.. sikit lagi tenang balik..bleh wat slow2...=)
Thursday, February 3, 2011
Saturday, January 29, 2011
Danials B.I.R.T.H.D.A.Y P.A.R.T.Y
Salam sahabat...lama xmengentry blog..diam membisu..hihi..maaf atas kesibukan saya beberapa minggu ini...kesihatan juga agak kurang baik...Dalam sibuk2 saya sempat luang sikit masa untuk join "1ST Birthday Party" twin sahabat saya http://kisahlynna.blogspot.com di Salor,Pasir Mas..Thanks atas jemputan,sgt enjoy. Walaupun simple tp sangat meriah...lepas gi umah lyna saya terus ke bakery shop utk beli barang sikit, ada jek yg tertinggal beli sebelum kedai bakery tutup utk CNY...harapnya xde dah yg tertinggal..diorg tutup lama wooo..kalau ade lg tertinggal barang gok..matila saya heheh
Enjoy Da Pic..
Danial Haris Dan Danial Hasif
Linda Faizal & Lynna Hirman
1st celebration Birthday
Makanan yang sedap2..
Danials...1month until 1 year
Monday, January 24, 2011
Sunday, January 16, 2011
16.01.11...
Salam sejahtera
Moga hari ni keadaan kita semua lebih baik dari sebelum2 ni...thanks sahabat sekalian yang banyak memberi semangat dan dorongan tanpa henti buat saya dan keluarga.harini saya free sikit..bolehla memenuhi masa dengan berbelog ni..
Hari ini penuhi masa saya dengan anaknda tercinta..dia ada selsema sikit harini..rancangnya nak gi MAYBANK tanya pasal polisi insurans yg diorg duk pickup dari akaun saya tu..tp xjadi sbb xde keta plak..mmmm camne nak gi..pinjam keta ayah last2 hehe pas ayah balik servis keta..saya,adinda saya athira dan anaknda saya bawa bersama..sambil jalan2 dan gi ambik ubat selsema kat untie saya kat klinik kesihatan kota jembal...ade supplier ubat kan,wat pe gi klinik..so saya gi check amsyar kat situ saja..FREE.
balik je igtnya nak buat muffin,saya dapat resepi dan formula baru utk muffin yg saya adjust dan create sendiri..hehe jadi ke tak xtau...bila check barang rupanya banyak yg da abih..tergendala la saya nak test buat muffin tu..semalam dah buat sebenarnya,abih cepat...cam goreng pisang panas plak...Alhamdulillah semua yang ngeTEST cakap sedap dan lembut....sbb tu semangat nak buat balik hahaha..
Salam 1 MALAYSIA...
Wednesday, January 12, 2011
Mengimbau Kenangan
Salam sahabat sekalian....
Harapnya anda diluar sana sihat bersama keluarga tercinta...Alhamdulillah saya juga sihat hari ini..Sambil termenung mengenang masa depan saya belek2 pic lama yang ade dalam simpanan.1 2 hari ni saya sangat2 rindukan zaman bercinta dulu...SMS masa bercinta dulu juga masih kukuh dalam HP saya...saya sangat2 rindu CINTA saya...semalam 11 Januari merupakan ulang tahun pertunangan saya dan suami...tidaklah celebrate,cuma tarikh itu masih diingatan suami dan saya juga...Moga cinta suci kami ini diberkati..dan ianya kukuh dalam hati kami selamanya...
Mengenang kembali pertemuan singkat kami,saya terSENYUM...Pertemuan kami diatur Yang Esa,saya sangat bahagia...Moga sentiasa berbunga sehingga akhir hayat kami...
pic ni sehari sebelum bertunang....10 januari 2008
Tuesday, January 11, 2011
Kemenangan Dipertikai....
Kemenangan Tolong Ingatkan Aku seolah-olah sudah menjadi isu besar kepada AJL25
BELUM pernah berlaku dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila penonton mula angkat kaki untuk pulang sebaik sahaja nama pemenangnya diumumkan oleh pengacara.AJL adalah anugerah mencari lagu terbaik daripada yang baik. Lagu terbaik sudah tentu dihasilkan daripada pengkaryanya. Mungkin selama ini lagu terbaik turut disandarkan dengan populariti lagu serta penyanyinya juga menjadikan kemenangan lagu ciptaan dan nyanyian Ana Raffali menimbulkan tanda tanya.Buat kali pertama juga terjadi apabila suasana penuh debaran itu ‘diboo’ penonton sebagai kurang puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh juri yang sebulat suara memilih lagu hasil ciptaan dan nyanyian Ana Raffali berjudul Tolong Ingatkan Aku sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25.
Itu belum masuk reaksi yang dilontarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. Walaupun ada yang bersetuju dengan kemenangan gadis manis yang sering berbaju kurung itu, namun ramai juga yang tidak boleh menerima keputusan itu sehingga sanggup membuka sebuah halaman yang meminta kemenangan Ana itu ditarik balik.
Begitulah hebatnya AJL25 yang meraikan sambutan Jubli Peraknya tahun ini dengan penuh kontroversi apabila keputusan pemenangnya menjadi pertikaian. Walaupun perasaan tidak puas hati terhadap keputusan juri pernah berlaku sebelum ini namun ia tidaklah sehebat ini.
Sebaik saja keputusan diumumkan, ramai yang terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan. Boleh dikatakan satu kejutan besar kerana lagu Tolong Ingatkan Aku itu bukanlah termasuk di dalam senarai ramalan antara lagu yang boleh dinobatkan sebagai juara.
Ramai yang kecewa dengan keputusan itu termasuk seorang individu yang boleh dikatakan amat berpengaruh dalam industri hiburan. Nampak sangat kemenangan itu tidak direstui ramai.
Apa keistimewaan lagu itu sehingga ia berjaya menidakkan keupayaan lagu lain untuk diangkat sebagai juara.
Ketua Juri AJL25, M Nasir ketika ditemui pada sidang media sejurus selepas acara itu berakhir, lagu Tolong Ingatkan Aku berjaya mengungguli pertandingan itu kerana lagu itu bersifat personal, ringkas dan ada rasa yang ingin disampaikan komposer yang juga si penyanyi lagu itu sampai kepada mereka.
"Lagu ini berjaya memikat hati juri kerana ia mempunyai elemen pembaharuan," kata Nasir mempertahankan pendirian juri.
Selain Nasir, juri yang terbabit adalah Amy Search, Habsah Hassan, Andy Flop Poppy, Pacai dan Acis.
Tegasnya lagi, adalah perkara biasa jika keputusan juri dipertikaikan kerana bukan mudah untuk memuaskan hati khalayak.
Andai pembaharuan yang dicari, apakah bentuk pembaharuan yang ditemui dalam lagu itu? Apabila ditanyakan soalan itu kepada Nasir, jawapan yang diterima adalah lagu itu mempunyai lirik yang penuh makna dan dihasilkan dengan penuh kejujuran.
"Kami juga menilai lagu ini menerusi cakera padat dan seperti yang saya katakan tadi, kami dapat rasakan apa yang ingin disampaikan si pencipta. Rasa itu yang penting. Lirik dan melodinya amat ringkas, namun penuh kejujuran berbanding dari yang lain," katanya.
Satu penjelasan yang amat subjektif.
Apabila memperkatakan mengenai lagu yang diangkat menjadi juara, populariti adalah salah satu daripada elemen yang harus ada. Namun, lagu Tolong Ingatkan Aku dilihat kurang popular berbanding lagu lain yang kerap diputarkan di corong radio.
Dan perkara ini diakui sendiri oleh juri.
"Mungkin lagu ini tidak popular tetapi ia ada kekuatan yang melayakkannya untuk menang," tegas Nasir sekali gus menolak elemen yang sinonim dengan lagu yang diangkat menjadi juara.
Tak kisah kemenangan dipertikai
PEMILIK nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini hanya tersenyum sepanjang sidang media ini berlangsung.
Walaupun kemenangannya itu dipersoalkan, namun bagi Ana, dia sudah bersedia untuk menghadapi segala-galanya.
"Saya hanya mampu berharap untuk menang dan tak sangka ia menjadi kenyataan.
“Saya tidak kecewa apabila kemenangan lagu ini dipersoalkan. Saya sudah ikut landasan yang betul apabila menghasilkan sebuah lagu yang menepati cita rasa juri.
"Saya bersyukur kerana lagu saya dinilai barisan juri yang bukan calang-calang dan apabila Ketua Juri sendiri mempertahankan hak saya sebagai penulis, itu sudah cukup membuatkan saya gembira," kata Ana yang menujukan kemenangannya itu kepada arwah kakaknya.
Ditanya apakah yang dia mahu lakukan terhadap wang kemenangannya sebanyak RM35,000 itu, Ana berkata dia mahu mengadakan majlis kesyukuran khusus untuk mereka yang banyak membantu menaikkan namanya sepanjang dia berada di dalam industri itu.
Berada di kedudukan naib juara adalah lagu Drama King hasil ciptaan Taja dan Tun Teja dan disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Black & meet Uncle Hussain.Manakala tempat ketiga pula disandang oleh lagu ciptaan Ajai/Shah Qalam berjudul Noktah Cinta.
Jika tahun lalu anugerah persembahan terbaik adalah milik Aizat, kali ini, kategori itu berpindah ke tangan Faizal Tahir yang mempamerkan persembahan hebat gabungan visual dan realiti menerusi lagu Hanyut.
Turut menyerlah malam itu adalah bekas bintang realiti musim ke-7, Hafiz apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik sekali gus mengenepikan saingan terdekatnya iaitu pemenang tahun lalu, Black.

Rata2 mereka bercakap pasal kemengan ANA RAFALI...yg rata2nya xpuas hati..mmm saya pada mulanya mmg terkejut jgk la sbb duk target org lain gak..tp kemenangan ANA RAFALI tu sudah ditentukan juri..dan para juri juga sudah tentunya membuat pilihan yang terbaik...Mesti ada sesuatu pada lagu tersebut sehingga ia dipilih sebagai juara..So,kita terima saja kemenangan beliau..Tahniah buat ANA RAFALI.
Doa dan ketenangan
Hari ini saya rasa lebih baik dari semalam..
Alhamdulillah hari ini saya rasa kesihatan saya lebih baik dari sebelum2 ni...walaupun kadang2 masih beremosi..bukan kehendak saya utk rasa begitu..ianya datang sendiiri.Klau boleh saya pun xnak pikir,dulu rasanya kalau ada masalah yang saya rasa xnak pikir,boleh je saya alih ketepi...tp skrg kenapa xboleh..kadang2 ianya membebankan fikiran sndiri..
Kesihatan saya sedikit mengejutkan bila saya buat medical chekup..mula2 memang buat saya rasa down sgt..bila masalah dah bertimbun2,ditambah plak dengan kesihatan yg kurang baik..agak2 nya kalau anda ditempat saya,apa yg anda rasa?????dan apa yang anda lakukan???..saya dah rasa bosan,dah penat menangis..Alhamdulillah,berkat sokongan keluarga saya mula bangun sikit2..
Saya perlukan ketenangan...Moga ALLAH kabulkan doa2 saya...
Subscribe to:
Posts (Atom)