Thursday, September 23, 2010

Aidilfitri...2010

Salam buat sahabat sekalian

Syukur Alhamdulillah saya berkesempatan menulis lagi,sudah lama saya tidak mengaktifkan blog ni,sudah bersawang blog saya...Maklumlah bila free je saya dapat menulis..Dalam kesibukan saya sebagai baker yg baru2 nak bermula ni,saya cuba isi masa utk menulis di ruang ini..

Bercerita pasal puasa dan hari raya,saya pasti ramai yg ternanti2 bulan baik ini setiap tahun.Tahun ini merupakan tahun pertama saya dan keluarga mertua berpuasa tanpa ibunda mertua yang mengerjakan umrah..Mak pergi ke Mekah sebelum puasa dan pulang seminggu selepas raya..Alhamdulillah kami semua jalani puasa dan raya dengan baik..

Tahun ini adalah tahun yg paling sibuk,saya sibuk dengan tempahan sempena hari raya dan juga utk hantaran serta doorgift selepas raya..so,raya saya xdapat raikan sepenuhnya raya kerana komitmen kerja..hanya raya pertama saja saya sempat melawat saudara mara,sebelah malamnya saya sudah start kerja..Nasib saya dibantu 2 adik saya..Alhamdulillah saya dapat penuhkan permintaan semua customer saya.

Jom layan beberapa gambar yg sempat di snap masa hari raya...



Sunday, February 28, 2010

Rezeki bertambah..

Salam buat sahabat sekalian..
kesibukan yang amat sangat membuatkan aku xsempat nk mengentry..hehe Alhamdulillah rezki bertambah2 sekarang ni.Dengan kerja ofis & kerja partime aku,sampai kekadang xtau nk buat yang mane dah..
sejak menceburi bidang bakery ni,masa aku amat suntuk..sampai nk gi ziarah sedara mara pun xsempat..tp aku cuba curi masa untuk melawat mereka.Alhamdulillah minggu lalu sempat juga aku kerumah mereka.
Untuk bulan febuari da abis semua tempahan disattlekan..Alhamdulillah setakat ni semua pelanggan berpuas hati.Hopenya sampai bila2 pun diaorg puas hati hehe & order lagi..
Bulan Mac ni aku agak sibuk,Sibuk ngan kenduri dan juga tempahan yang berduyun2..Alhamdulillah itu rezki aku & keluarga..Semoga dipermudahkan urusanku & diberkati...

Tuesday, February 9, 2010

Ini rezeki dariMu

Salam buat sahabat sekalian..
Alhamdulillah dengan rezki yg dilimpahkan pada aku dan keluarga tidak putus2.Semakin hari aku rasa ianya semakin baik..YA ALLAH permudahkanlah jalan kami,murahkanlah rezeki kami.

Dalam sibuk2 dengan kerja partime aku cuba celahkan masa untuk keluarga.Mereka adalah insan-insan penting dalam hidupku.Insan-insan yang sangat aku sayang.Bila aku start dengan 2 3 kerja,ianya adalah perkara sukar untuk aku membahagikan masa.Baru aku rase nak jd wanita berkerjaya bukan sesuatu yang mudah.Mane nak layan famly,layan customer,ngn kerja ofis lg,aku juga perlukan ruang untuk diri aku sendiri.aduihhh penatnya, tapi aku akan ambil ianya sebagai cabaran untuk aku teruskan usaha,setiap orang yg berjaya mesti menempuh cabaran.

Nasib aku punya famly yang memahami,apa jua yang aku lakukan mendapat sokongan penuh terutama dari suamiku.Dia insan yang byk memberi kekuatan utk aku dalam menempuh semua cabaran,dan byk tlg aku dalam bisnes.Maklumlah aku org baru dalam bidang ni,hehe TQ sgt2 b..i luv u so much..buat my princess,thanks xbyk ragam,xbyk kerenah dan jd anak yang terbaik untuk mummy ngan ayah selama ni..mummy syg amsyar...rindunya kat amsyar..untuk famly aku n famly mertua juga,tq memahami diri ini,byk membantu dan bg sokongan penuh.

-I LUV U ALL-

Monday, January 25, 2010

aku mencintai kamu..


Kucintainya kerana cara dia
Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Kucintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percaya kan janjinya
Kuakui aku menggilainya
Kuakui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama

Setiap detik hanya...dia

Kuakui aku mengaguminya
Kuakui aku menyayanginya
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia
Segalanya kuserah Kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia



Tuesday, January 12, 2010

aktiviti hujung minggu..



salam...da lame xmengentry kat dalam blog ni...sibuk dengan kerja & keluarga.last week aku xde keja so gi la blaja buat kek..sedap2 la resipi yg dia bg,4 jenis kek yang diajar, Double Chocolate,kek labu,kek carrot ngan kek bluberry pisang..Ramai gak yang datang blaja...aku suka benda2 gini sbb aku ni suke mkan kek. Ini antara yg aku blaja n hasilkan sndiri hiasannya...huhu syok tau buat semua ni.


Da lama aku usha untuk blaja buat kek ni tp xberkesempatan dari segi masa bila aku sibuk ngan kerja,balik keja da penat nak buat semua ni...nak jaga amsyar lagi..nasib amsyar tu budak baik..xmerengek,xkuat nangis..hehe senang jaga..


bila da ade modal sikit nanti ingat nak benti keja,bleh fokus apa yg aku minat ni jek...sambil2 tu bleh fokus pada biz famly skali..bleh tahan gak bis ma n ayah ni da makin maju aku tgk..Tempahan bukan main ratus da main ribu2 plak untuk skali order...dalam 1 minggu da dapat RM 700-800.Alhamdulillah...


Sunday, December 13, 2009

Hepinya Amsyar


Amsyar nak tunjuk dia da ade gigi

Tersenyum manis anak mummy











BBQ Nite





Mase malam BBQ...uihhhh makan xigt....=)