Thursday, June 14, 2012

Setelah lama

Sangat lama saya tidak megupdate belog saya..mmmm sangat banyak sawangnya huhuu...sekarang mmg saya bz setiap masa..mengurus kerja dan rumah tangga..kalau suri rumah lain penat dengan hanya 1 kerja..saya penat dengan 2-3 kerja setiap hari..tapi kalau dikira zaman sekarang sangat ramai wanita berkerjaya..hehe diorg juga sama penat ngan saya haha..

Alhamdulillah setelah selesai cuti sekolah untuk bulam mei 2012-jun2012...saya betul2 rest sampai hampir 1 week saya stop order,benar2 stop order...maaf pada mereka yang saya tolak order tu,saya benar2 tak larat..hihi...

Friday, April 13, 2012

sibuknya saya..

salam sahabat..
sangat-sangat lama saya tidak mengupdate belog saya...berbulan2 saya buat tak tahu saja dek kerana kesibukan yang melampau tambah2 saya punya 2 puteri..mengurus rumah tangga,perihal anak2..kerja dan pengurusan sepenuhnya NIKS RESOURCES adalah dibahu saya..

** tgh2 duk mengupdate ini..tiba2 kerja plak kena sambung...mmm jawabnya tunggu lagi hehehe...bye semua

Monday, February 6, 2012

Saturday, January 7, 2012

Bila saya duk sajo..

Bila saya duk sajo...macam2 saya fikirkan,diri saya,keluarga saya,bisnes saya...
saat saya menulis,aishah masih tidur..melihat wajah anak-anak buat saya tenang..mereka inspirasi saya untuk lebih berusaha..memang penat bila saya sendiri mengawal kerja,anak2,rumahtangga..tapi sepenat apapun,bila habis kerja,saya lihat anak2,seolah2 tenaga saya kembali..macam di cas balik hehehe..

Alhamdulillah saya bersyukur bila suami saya membantu saya saat saya betul2 penat,saya tau kadang2 dia juga penat bila balik kerja,tapi dia tetap membantu saya..terima kasih sayang..

sekarang,saya menyusun jadual kerja untuk raya cina ni..mmg sangat penuh dan sudah beberapa order yang saya tolak sebab tak mampu..tiap kali cuti am saja mmg ramai yang order,kebanyakannya last minit baru order..kesian juga saya dengar mereka call minta tlg buatkan,tapi mmg saya tak dapat nak tlg..insyaALLAH dimasa depan saya cuba cari pembantu yang sesuai..

Moga doa dan sokongan kawan2 berterusan..insyaALLAH doakan kejayaan saya..Amin




Dari Zero.....kini,Alhamdulillah...


Perniagaan Internet saya berjalan seperti biasa cuma Pemasaran berjalan dengan perlahan, sibuk dengan saudara mara yang balik dari Kuala Lumpur. 
Mempunyai perniagaan di Internet merupakan satu cara menambah pendapatan pada era teknologi maklumat ni. Caranya yang ringkas dan mudah jika kena pada caranya sangatlah membantu untuk menampung perbelanjaan yang pada masa ini sangatlah meningkat.
Mengapa saya kata mudah Perniagaan Internet ni?
Pernahkah anda bayangkan anda berniaga tanpa perlu menjaga tapak atau kedai perniagaan anda? analoginya jika anda membuka kedai kek di satu kawasan perumahan. Adakah anda dapat beroperasi dengan menutup pintu kedai atau tapak itu?  dengan perniagaan internet, anda mampu untuk tidur sekalipun dan perniagaan anda berjalan dengan autonya, untuk masa tertentu anda hanya perlu memeriksa email anda untuk mendapat pesanan. Malah ini yang berlaku kepada saya, seorang peniaga kek di kota bharu, beroperasi di rumah di kawasan perumahan sepertimana contoh diatas, cumanya kami beroperasi melalui konsep Perniagaan Internet. Dengan hanya memiliki blog dan sedikit kelengkapan membuat kek, kami bermula dengan mempromosikan laman blog kami.

perniagaan internet
Over Pertama Kami
Mixer Pertama Kami
Menamakan Syarikat kami Niks Resources dengan mendaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kami melangkah kecil dan terus melangkah. Amsyarbaker adalah nama yang dipilih untuk produk kek dan kek cawan kami. Dengan semangat untuk majukan Amsyarbaker.com saya telah melalui proses belajar memasarkan produk kami di Internet. Konsep perniagaan internet yang dipilih memang tak salah, dengan mempelajari dan mempraktikalkan apa yang dibelajari kami telah melangkah untuk membesarkan langkah perniagaan kami.
Langkah membesarkan perniagaan kami adalah bagi menampung permintaan pelangan yang telah mengenali kami dari konsep perniagaan internet kami.
oven Amsyarbaker
Mixer Amsyarbaker

Pemasaran yang saya terapkan adalah 100% daripada Online, kami tidak pernah buat flyers,bunting atau banner, cara pemasaran adalah melalui internet secara online sahaja. Banyak cara yang telah saya aplikasikan untuk mempromosikan laman web amsyarbaker, ada antaranya memberi kesan yang baik dengan pelaburan yang sikit, dan ada yang sebaliknya. Mengeluarkan modal yang banyak tapi pulangan trafik adalah tidak munasabah sama skali. Inilah pengalaman yang saya lalui sepanjang mengendalikan Pemasaran Amsyarbaker.com.
Di internet untuk memasarkan perniagaan internet yang bersifat lokaliti adalah sedikit rumit, ini kerana keluasan internet melepasi batasan lokaliti. Tetapi dengan pengalaman yang telah terbina dengan proses pembelajaran, Try and Error, saya dapat menguasai bagaimana caranya  memasarkan produk yang bersifat lokaliti seperti perniagaan  saya.
Pengalaman yang dicoretkan ini bukanlah untuk menunjuk nunjuk, tapi ini adalah perkongsian kepada anda diluar sana yang ingin memiliki perniagaan internet untuk apa pun perniagaan anda, kami disini sudi berkongsi pengalaman dan ilmu.Moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada setiap diluar sana untuk mengambil langkah positif dengan memulakan perniagaan online secara teratur dan sirius. Bagi yang berminat untuk bertanya atau apapun niat anda ada kaitan dengan amsyarbaker, silalah kelaman web kami, www.amsyarbaker.com atau emailkan pertanyaan ke amsyarbaker@gmail.com atau telifon terus ke 0179066702.

Saturday, December 31, 2011

bila 2011 berakhir...

Alhamdulillah syukur pada Illahi..dengan rahmat yang diberi,rezeki yang tidak pernah putus Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

Berakhir 2011 dengan baik,walaupun misi tidaklah dapat diselesaikan semuanya dengan sempurna tapi sekurang2nya ada perubahan walaupun sedikit...Dimana saya bermula dengan ZIROO,kini saya menjadi seorang bisneswoman (bak kato org putih) hehe..

Alhamdulillah tahun ini tahun yang meriah dengan baby2...ramai sangat yg lahirkan baby thn ini..murah rezeki kami insyaALLAH,sangat suka dengan anak2 kecil di mana2 saya duduk..baik dirumah saya dan juga rumah mertua...

Hari ini hari terakhir 2011...saya dapat berkumpul bersama keluarga saya..semua adik beradik saya pulang kampung,sangat hapy dan meriah umah mak saya.Semalam,saya masih sempat mengikuti kursus continental cake..alhamdulillah dengan jayanya saya dapat mengikuti kursus itu sampai ke petang..Untuk pertama kalinya juga saya drive sejauh itu selepas berpantang (balik terus krem kaki) haha..

Ade 5 jenis kek yg saya belajar,dan semuanya sedap..sungguh sdap..tapi untuk buat satu-satu kek tu mmg payah..banyak sangat step yg perlu dipatuhi..patutlah org jual mahal sgt.berbaloi dengan harganya...rumit dan sangat leceh tapi bila makan..mmmm sgt yummmy.mungkin stengah kek,kita boleh belajar kat internnet saja,tp saya kira kek2 yg sy belajar ni mmg kena gi ambik kelas baru dapat buat dengan baik..

saya harus praktikkan dengan baik..yuran belajar juga bukan sikit2...hehe insyaALLAH doakan saya dapat buat dengan baik ye kengkawan heheh....=)

Salam 1 Malaysia.




Monday, December 5, 2011

Saya Ibu kepada Maryam Dan Aishah..

Sejak menjadi ibu kepada 2 anak,rutin kehidupan saya jadi berbeza..dulu saya hanya melayan 2 org (Maryam dan En.hubby saya) kini bertambah lagi dengan hadirnya Aishah..memang jadual saya makin padat.Maryam Faqihah Amsyar dan Aishah Nusaibah..2 anak cilik saya,yg sama2 memerlukan perhatian penuh dari kami.

Sejak saya buka buku order saya kembali,semakin hari semakin ramai customer,Alhamdulillah rezeki ALLAH ini ada saja dan tak pernah putus..terima kasih atas sokongan anda2 sekalian...saya gembira dan sangat bersyukur.Saya perlu atur masa dengan baik,mana nak urus anak2 dan hubby,rumahtangga dan kerja sekaligus..WOWW mampukah saya??insyaALLAH mampu dengan usaha,tekad dan doa moga ALLAH permudahkan urusan saya..

Harini,saya free..tp kepala saya duk berpusing mencari idea baru,deco baru,jadual kelas untuk saya sndiri..juga kena keluar mencari bahan2 kek saya..kalaulah saya sudah boleh memandu,huhuu sudah lama saya tak pegang stereng..saya dah cakap kat hubby pagi tadi,tp dia diam saja..nak bg ngan tidak sama banyak agaknya heheheh...selagi dia tak kata "YA" saya tak boleh memandu lah jawabnya..

mm jomlah kite layan pic anak2..