Wednesday, August 13, 2008

dipermudahkanNYA....

segala puji bagi ALLAH tuhan yang mengizinkan semua ini berlaku dengan lancarnya, majlis akad nikah ku yang berlansung pada 1 ogos 2008 bertempat di masjid mukim Panchor pada pukul 9.30malam dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai.

pada hari tersebut yakni jumaat aku bangun seawal pagi, menanti saat aku mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami. satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan, kegembiraan dan kerunsingan bercampur baur. gembira kerana dapat memperisterikan seorang insan yang aku cintai, Nik Azlinda Bt Nik Wan, wanita yang mencuit hati ini dengan kematangan yang terserlah sebagai seorang insan yang punya peribadi yang dapat memberi kebahagiaan kepada ku. teringat saat pertama bertemu di laman maya pada tahun 2006, secara jujur aku merasakan sesuatu setiap kali aku menatap gambar yang dipamerkan di laman freindster... dari situ aku cuba untuk menawan sekeping hati, kisah yang agak berliku tapi diberi kemudahan oleh ALLAH azzawajjall, akhirnya pertemuan pertama berlansung secara tidak formal di majlis perjumpaan semula pelajar SMKPC di KBmall, di situ perasaan ku bercampur baur kerana bagiku agak sukar untuk ku mendapatkan beliau sebagai suri hatiku. ingat lagi perkataan yang keluar dari lidah ini kepada sahabat karib ku Khiro, "payoh yo, di lawa sangat... nak ko dio terimo mat" itula bait bait yang keluar...

aku mengharungi hidup seperti biasa dengan sedikit harapan, hari yang tak ku sangka, raya idul adha tahun 2007 menjadi permulaan jalan untuk disatukan. aku secara diam cuba melamarnya menjadi suri hidupku, AlhamdulLILLAH satu usaha yang bertepatan dengan prinsip aku telah ALLAH permudahkan. aku nyatakan pada dia, aku tidak mahu bercinta selagi tidak berkahwin dengan beliau.. bagi aku sia sia bercinta jika kita tidak ada komitmen untuk bersama. itu yang aku katakan dan itu yang beliau sambut dengan mudah. satu perkara yang tidak disangka, ibuku yang baru pulang dari mengerjakan haji menjadi satu tanda cinta kami, sebaik saja ibuku pulang aku telah pun mengenalkan beliau kepada ibuku, dan dipermudahkan, ibuku berkenan dengan beliau.. tak disangka sangka, beliau mengajak aku untuk bertunang, aku hanya ada masa 3 hari untuk membuat persiapan. dan dipermudahkan ALLAH sekali lagi, aku bertunang tanpa adat yang merumitkan majlis pertunangan itu... tanpa cincin dan hanya janji antara dua keluarga serta sehelain kain persalinan semasa akad nikah aku telah pun bergelar tunangan orang... segala puji bagi ALLAH yang mempermudahkan segala jalan jodoh ini.

pertunangan yang diikat dengan janji ini berlansung dengan cara yang cukup indah, proses perkenalan yang disulam pelbagai perasaan telah menguatkan cinta kami untuk bersemai subur, dan sepanjang proses itu, taat dan takut atas perintah serta larangan di jadikan batasan dalam perhubungan, kami menjalani percintaan semasa pertunangan yang cukup mencabar, dikala ramai yang berpimpin tangan sebelum sah lagi bermain dihadapan mata, kami tidak pernah melanggar batasan itu, dan itulah dugaan kami. dan kami bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan urusan hati kami yang bergelora mahukan kasih sayang dari insan yang bergelar suami isteri.

bergitula serba ringkas apa yang berlaku selama ini, saat yang dinanti sudah pun menjadi kenangan yang terindah. kini beliau adalah isteriku... dan aku adalah suaminya. tempoh perkenalan yang singkat dan mudah... kini hubungan ini disulami dengan kasih sayang dan cinta yang halal dan suci. aku berbangga kerana beliau setia dengan taat dan takut... dan kini kami bahagia meniti hidup yang indah ini. walaupun dugaan tetap ada, dengan kejauhan aku di putrajaya dan beliau di kota bharu kami harungi dengan doa moga dipermudahkan aku untuk pulang bertugas di kota bharu bagi membolehkan kami tinggal bersama. usaha dah dilakukan, tinggal hanya perintah ALLAH untuk menjadikan impian kami realiti. Ya ALLAH permudahkanlah urusan pertukaran aku untuk bertugas di samping isteri tercinta, ibu dan keluarga yang tersayang... amin.....

No comments: