Monday, August 11, 2008

1 Ogos 2008 saat paling bahagia....



saat yang menjadikan aku suami kepada isteri tercinta.....







tarikh keramat yang mengubah status ku dari bujang ke orang yang yang sudah berkahwin... saat aku berdepan dengan tok kadi yang memang selamba. AlhamduLILLAH aku mampu lafas akad dengan hanya sekali akad.










majlis di rumah isteriku selepas majlis akad nikah di masjid mukim panchor... cincin yang disarung adalah adat melayu dan bagi aku inilah kali pertama kami persentuhan sebagai kekassih.











bersalaman untuk kali pertama dalam hubungan kami.. detik yang cukup membanggakan.. dan ianya cukup memberi kesan yang indah bagi ku....






kucupan pertama (ney mesti gelak). satu perasaan yang indah :D

hari majlis di rumah isteriku... nampak macam persandingan, padahal pelamin tu hanya khas untuk mengambil gambar sebagai kenangan... cantik sikitkan dengan background macam tu... hehehe

aku lapa sebab dari pagi tak makan, tapi kena cover... panas betol masa ni... tapi aku gagahi jua demi isteri tercinta....

antara gambar yang sempat aku kongsikan masa hari indah ku, kesyukuran yang tak terhingga buat ALLAH azzawajjal kerana memberi aku anugerah ini, menyempurnakan satu lagi sisi yang aku nantikan selama ini, juga ucapan terima kasih buat Nabi Muhammad, kerana mu, aku banyak mengetahui bagaimana aku ingin menjadi suami yang baik.. buat mak, mat ucapkan terima kasih kerana mak banyak membantu mat selama mat jadi anak mak ni, dari umur 1 hari dalam kandungan lagi mak dah belai mat ngan kasih sayang... untuk arwah ayah tersayang... mat sedih kerana ayah tak ade dihari bahagia mat ni, tapi mat berterimakasih juga kepada ayah sebab mat banyak amik pelajaran dari sifat semulajadi yang diturunkan melalui gen kepada mat yang membuatkan mat insan yang berdiri disini hari ini. buat keluarga, abang sham & kak su sekeluarga, mak dan abah kak su, abang jai & kak da, ma ngan abah kak da, mak long dan pak long sampol, mak long peah dan family, abang abu dan kak hawa, kak iza dan arifiah, kuarga dari pulau pinang yang aku tak ingat nak sebut nama, na dan adik angkat dia nora, sara dan kawan baik dia p-ja, kawan baik aku, khiro, ese, dan matju... mereka yang mungkin aku tak ingat nak sebut nama kali ini, aku doakan moga kalian diberkahi serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH...

buat isteri tersayang...

b bahagia dan bertuah ney jadi isteri b... moga hubungan ini akan tetap dimanisi oleh pengalaman yang indah, mungkin satu hari nanti ada saat kita bercanggah dalam sesuatu, dan buatkan kita terasa dengan diri masing masing, anggapla itu asam garam dalam kehidupan, yang pasti satu resipi yang sedap dan menarik adalah kombinasi pelbagai perasa... seperti nasi air kedai kak ze... :D

No comments: