Sunday, September 14, 2008

Wednesday, September 3, 2008

dari cinta kepada cinta

yesterday....miss you...
today....mis u so much
tomorrow..miss u much more..

Wednesday, August 13, 2008

dipermudahkanNYA....

segala puji bagi ALLAH tuhan yang mengizinkan semua ini berlaku dengan lancarnya, majlis akad nikah ku yang berlansung pada 1 ogos 2008 bertempat di masjid mukim Panchor pada pukul 9.30malam dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai.

pada hari tersebut yakni jumaat aku bangun seawal pagi, menanti saat aku mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami. satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan, kegembiraan dan kerunsingan bercampur baur. gembira kerana dapat memperisterikan seorang insan yang aku cintai, Nik Azlinda Bt Nik Wan, wanita yang mencuit hati ini dengan kematangan yang terserlah sebagai seorang insan yang punya peribadi yang dapat memberi kebahagiaan kepada ku. teringat saat pertama bertemu di laman maya pada tahun 2006, secara jujur aku merasakan sesuatu setiap kali aku menatap gambar yang dipamerkan di laman freindster... dari situ aku cuba untuk menawan sekeping hati, kisah yang agak berliku tapi diberi kemudahan oleh ALLAH azzawajjall, akhirnya pertemuan pertama berlansung secara tidak formal di majlis perjumpaan semula pelajar SMKPC di KBmall, di situ perasaan ku bercampur baur kerana bagiku agak sukar untuk ku mendapatkan beliau sebagai suri hatiku. ingat lagi perkataan yang keluar dari lidah ini kepada sahabat karib ku Khiro, "payoh yo, di lawa sangat... nak ko dio terimo mat" itula bait bait yang keluar...

aku mengharungi hidup seperti biasa dengan sedikit harapan, hari yang tak ku sangka, raya idul adha tahun 2007 menjadi permulaan jalan untuk disatukan. aku secara diam cuba melamarnya menjadi suri hidupku, AlhamdulLILLAH satu usaha yang bertepatan dengan prinsip aku telah ALLAH permudahkan. aku nyatakan pada dia, aku tidak mahu bercinta selagi tidak berkahwin dengan beliau.. bagi aku sia sia bercinta jika kita tidak ada komitmen untuk bersama. itu yang aku katakan dan itu yang beliau sambut dengan mudah. satu perkara yang tidak disangka, ibuku yang baru pulang dari mengerjakan haji menjadi satu tanda cinta kami, sebaik saja ibuku pulang aku telah pun mengenalkan beliau kepada ibuku, dan dipermudahkan, ibuku berkenan dengan beliau.. tak disangka sangka, beliau mengajak aku untuk bertunang, aku hanya ada masa 3 hari untuk membuat persiapan. dan dipermudahkan ALLAH sekali lagi, aku bertunang tanpa adat yang merumitkan majlis pertunangan itu... tanpa cincin dan hanya janji antara dua keluarga serta sehelain kain persalinan semasa akad nikah aku telah pun bergelar tunangan orang... segala puji bagi ALLAH yang mempermudahkan segala jalan jodoh ini.

pertunangan yang diikat dengan janji ini berlansung dengan cara yang cukup indah, proses perkenalan yang disulam pelbagai perasaan telah menguatkan cinta kami untuk bersemai subur, dan sepanjang proses itu, taat dan takut atas perintah serta larangan di jadikan batasan dalam perhubungan, kami menjalani percintaan semasa pertunangan yang cukup mencabar, dikala ramai yang berpimpin tangan sebelum sah lagi bermain dihadapan mata, kami tidak pernah melanggar batasan itu, dan itulah dugaan kami. dan kami bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan urusan hati kami yang bergelora mahukan kasih sayang dari insan yang bergelar suami isteri.

bergitula serba ringkas apa yang berlaku selama ini, saat yang dinanti sudah pun menjadi kenangan yang terindah. kini beliau adalah isteriku... dan aku adalah suaminya. tempoh perkenalan yang singkat dan mudah... kini hubungan ini disulami dengan kasih sayang dan cinta yang halal dan suci. aku berbangga kerana beliau setia dengan taat dan takut... dan kini kami bahagia meniti hidup yang indah ini. walaupun dugaan tetap ada, dengan kejauhan aku di putrajaya dan beliau di kota bharu kami harungi dengan doa moga dipermudahkan aku untuk pulang bertugas di kota bharu bagi membolehkan kami tinggal bersama. usaha dah dilakukan, tinggal hanya perintah ALLAH untuk menjadikan impian kami realiti. Ya ALLAH permudahkanlah urusan pertukaran aku untuk bertugas di samping isteri tercinta, ibu dan keluarga yang tersayang... amin.....

Tuesday, August 12, 2008


Spa ikan...eee xleh la aku ni geli tgk benda2 gini....

Monday, August 11, 2008

1 Ogos 2008 saat paling bahagia....



saat yang menjadikan aku suami kepada isteri tercinta.....







tarikh keramat yang mengubah status ku dari bujang ke orang yang yang sudah berkahwin... saat aku berdepan dengan tok kadi yang memang selamba. AlhamduLILLAH aku mampu lafas akad dengan hanya sekali akad.










majlis di rumah isteriku selepas majlis akad nikah di masjid mukim panchor... cincin yang disarung adalah adat melayu dan bagi aku inilah kali pertama kami persentuhan sebagai kekassih.











bersalaman untuk kali pertama dalam hubungan kami.. detik yang cukup membanggakan.. dan ianya cukup memberi kesan yang indah bagi ku....






kucupan pertama (ney mesti gelak). satu perasaan yang indah :D

hari majlis di rumah isteriku... nampak macam persandingan, padahal pelamin tu hanya khas untuk mengambil gambar sebagai kenangan... cantik sikitkan dengan background macam tu... hehehe

aku lapa sebab dari pagi tak makan, tapi kena cover... panas betol masa ni... tapi aku gagahi jua demi isteri tercinta....

antara gambar yang sempat aku kongsikan masa hari indah ku, kesyukuran yang tak terhingga buat ALLAH azzawajjal kerana memberi aku anugerah ini, menyempurnakan satu lagi sisi yang aku nantikan selama ini, juga ucapan terima kasih buat Nabi Muhammad, kerana mu, aku banyak mengetahui bagaimana aku ingin menjadi suami yang baik.. buat mak, mat ucapkan terima kasih kerana mak banyak membantu mat selama mat jadi anak mak ni, dari umur 1 hari dalam kandungan lagi mak dah belai mat ngan kasih sayang... untuk arwah ayah tersayang... mat sedih kerana ayah tak ade dihari bahagia mat ni, tapi mat berterimakasih juga kepada ayah sebab mat banyak amik pelajaran dari sifat semulajadi yang diturunkan melalui gen kepada mat yang membuatkan mat insan yang berdiri disini hari ini. buat keluarga, abang sham & kak su sekeluarga, mak dan abah kak su, abang jai & kak da, ma ngan abah kak da, mak long dan pak long sampol, mak long peah dan family, abang abu dan kak hawa, kak iza dan arifiah, kuarga dari pulau pinang yang aku tak ingat nak sebut nama, na dan adik angkat dia nora, sara dan kawan baik dia p-ja, kawan baik aku, khiro, ese, dan matju... mereka yang mungkin aku tak ingat nak sebut nama kali ini, aku doakan moga kalian diberkahi serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH...

buat isteri tersayang...

b bahagia dan bertuah ney jadi isteri b... moga hubungan ini akan tetap dimanisi oleh pengalaman yang indah, mungkin satu hari nanti ada saat kita bercanggah dalam sesuatu, dan buatkan kita terasa dengan diri masing masing, anggapla itu asam garam dalam kehidupan, yang pasti satu resipi yang sedap dan menarik adalah kombinasi pelbagai perasa... seperti nasi air kedai kak ze... :D

Monday, July 21, 2008

pengakuan mu

linda_pusb says:
ney buat pengakuan la..yg b cakap aritu...memula ney terima b mmg hanya perasaan suka je..tp ney pecaya b leh buat ney jth cinta ...& skrg ney jth cinta ngn b..walaupun perasan ney time tu hanya suka kat b,ney xpenah rase xhargai b..ney bukan org yg camtu...ney hargai ape yg ney ade skrg,belum tentu ney leh dapat sebaik ape yg tuhan anugerahkan ni..

pukul 4.00 petang

Tuesday, July 15, 2008

2 hari lagi

teringat setiap detik perjalanan yang dilalui oleh aku selama tahun ini, terasa sedikit terkejut dengan perubahan yang bakal berlaku, tapi aku yakini aku berubah ke arah yang elok... dan perubah yang berlaku adalah kebaikan yang lebih baik dari sebelumnya, jadi aku berbangga dengan pilihan aku atas ikhtiar aku dan keizinan ALLAH atas semua ini berlaku.. doa yang dimakbulkan jugak adalah satu kesyukuran yang tak terhingga. segala pujian bagi ALLAH yang menizinkan setiap apa yang telah berlaku, berlaku dengan sempurnanya.

hari ini terdetik dalam hatiku sesuatu, didalam kemeriahan hati ini menunggu saat diijab kabulkan, hati ini teringat satu tarikh yang sangat bermakna.. tarikh lahirnya bakal isteri tercinta, Nik Azlinda Nik Wan... 18 julai 2008. 2hari lagi tarikh itu akan menyapa aku dan dia. dan inilah buat pertama kalinya aku dengan izin ALLAH akan menyambut tarikh itu dengan dia. saat pertama kalinya jugak aku dan dia menyambut tarikh itu berstatus tunangan masing masing. pasti cukup indah pengalaman itu, walaupun di kejauhan aku tahu ianya adalah satu kegembiraan bagi kami, tanda syukur terhadap ILLAHI atas segala yang diiziniNYA berlaku terhadap kami.

perkenalan yang cukup singkat keputusan yang cukup mudah dan perjalan yang cukup bermakna ini adalah hasil dari anugerah ALLAH, syukur ku atas anugerah yang terindah ini ( honeyku) yang hadir untuk menjadi suri hati ini, pendamping, dan insan yang akan berkongsi hidup dengan aku. honey, b sayangkan ney dari saat pertamakali mata ini memandang mu... dan perasaan ini semakin menebal dari sejak itu... b bersyukur atas karunia ini...

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 25 buat kasihku Nik Azlinda Nik Wan

Monday, June 30, 2008



kata-kata indah yg kau pernah berikan padaku...
ku jadikan lagu walau tak seindah bisik kata yang kau beri tetap dalam hati siang malam menanti tak jemu
aku dibuai dalam kerinduankau serikan hidupku dengan kasih dan sayangmu
kau sambutlah cintaku kau sambutlah rinduku jangan lepas lagi
ku pasti kan setia seteguh kasihmu buatku
kini ku temui insan yang ku sayangi yang kan sentiasa disisi walau apapun yang terjadi

Sunday, June 22, 2008

engkaulah terbaik

b..apepun bukan majlis tu jadi ukuran k, yg pasti ape yg kita nak lalui kemudian hari..luv u

Wednesday, June 18, 2008

doa mu saat dulu

Allah Yang Maha Pemurah, terimakasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.Aku datang bersujud dihadapan-Mu,Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku. Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.Kikislah pesonanya dari pelupuk matakudan usirlah dia dari relung hatiku.Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, ya Allah, tolong satukan hati kami.Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buatku.Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Amin....

permulaan



aku cintakan mu, kerana ALLAH...

ajarilah wahai tuhan, Moga aku cintakan dia kerana MU...

Friday, May 16, 2008

hari yang dinanti...

ya ALLAH permudahkanlah segala urusan kami...
makbulkanlah hajat kami...
jadikanlah kami pasangan yang diredhoi...
dan jadikanlah kami pasangan yang akan hidup kerana MU...

1,2,3/8/2008 majlis pernikahan kami...

NIK AZLINDA DAN MOHAMAD FAIZAL